Translate

10 February 2025

Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion



Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion

Bernama

10/02/2025


Menurut Mohd Uzir, sektor swasta mencatatkan pertumbuhan ketara sebanyak 32.9 peratus pada suku tersebut daripada 33.3 peratus pada Suku Ketiga 2024. - Gambar FB DOSM


KUALA LUMPUR: Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata nilai kerja pembinaan terus mencatatkan pertumbuhan pada Suku Keempat 2024 dengan peningkatan ketara sebanyak 23.1 peratus selepas merekodkan pertumbuhan 22.9 peratus pada Suku Ketiga 2024 yang berjumlah RM42 bilion.

"Prestasi memberangsangkan ini didorong terutamanya oleh peningkatan kukuh dalam subsektor aktiviti pertukangan khas dan bangunan kediaman, yang masing-masing mencatatkan pertumbuhan dua digit sebanyak 44.9 peratus dan 38.9 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Subsektor bangunan bukan kediaman turut menyumbang kepada pertumbuhan, dengan peningkatan sebanyak 24.6 peratus.

Sementara itu, subsektor kejuruteraan awam terus berkembang walaupun pada kadar yang lebih perlahan dengan kadar pertumbuhan positif sebanyak 9.3 peratus.

Mohd Uzir berkata daripada keseluruhan nilai kerja sebanyak RM42.0 bilion yang dicatatkan pada suku keempat 2024, sejumlah RM15.6 bilion atau 37.2 peratus disumbangkan oleh subsektor kejuruteraan awam, terutamanya dalam aktiviti pembinaan jalan raya dan landasan kereta api (RM6.9 bilion) dan projek utiliti (RM6.8 bilion).

Nilai kerja bagi bangunan bukan kediaman dan bangunan kediaman masing-masing mencatatkan RM11.8 bilion (28.0 peratus) dan RM9.9 bilion (23.5 peratus).

"Aktiviti pertukangan khas pula menyumbang RM4.7 bilion (11.3 peratus), terutama dalam aktiviti penyediaan tapak (RM1.2 bilion); pemasangan elektrik (RM1.1 bilion); dan pemasangan paip, pemanasan dan penghawa dingin (RM1.0 bilion)," katanya.

Sektor swasta kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan pada suku ini, menyumbang RM27.0 bilion atau 64.2 peratus daripada jumlah nilai kerja pembinaan.

Menurut Mohd Uzir, sektor swasta mencatatkan pertumbuhan ketara sebanyak 32.9 peratus pada suku tersebut daripada 33.3 peratus pada Suku Ketiga 2024, didorong oleh prestasi kukuh dalam subsektor aktiviti pertukangan khas dan bangunan kediaman.

"Sebaliknya, sektor awam yang menyumbang 35.8 peratus bernilai RM15.1 bilion mencatatkan pertumbuhan lebih perlahan sebanyak 8.8 peratus daripada 8.1 peratus pada Suku Ketiga 2024, didorong oleh subsektor bangunan kediaman (46.8 peratus) dan aktiviti pertukangan khas (22.4 peratus) masing-masing berjumlah RM0.6 bilion dan RM1.4 bilion," katanya.

Mengulas mengenai prestasi sektor pembinaan mengikut negeri pada Suku Keempat 2024, Mohd Uzir berkata hampir 62.3 peratus daripada nilai kerja tertumpu di Selangor, Johor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) dan Sarawak.

Beliau berkata Selangor merekodkan nilai kerja pembinaan tertinggi sebanyak RM9.4 bilion (22.5 peratus), diikuti Johor (RM7.4 bilion atau 17.7 peratus), Wilayah Persekutuan (RM4.7 bilion atau 11.3 peratus) dan Sarawak (RM4.6 bilion atau 10.9 peratus).

"Secara keseluruhannya, sektor pembinaan Malaysia pada 2024 menunjukkan prestasi kukuh, disokong oleh pertumbuhan yang meningkat di semua subsektor," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'MAG terima 30 pesawat berbadan sempit Boeing 737 b' 9 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Gagal bayar gaji pekerja, tayangan dua filem terim' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berita baik daripada kerajaan diharap beri keceria' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'ISU "PAKCIK PETAI" DAPAT PERHATIAN MENTERI BESAR |' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'ISU "PAKCIK PETAI" DAPAT PERHATIAN MENTERI BESAR |' 31 mins ago
A visitor from California viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 36 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 41 mins ago
A visitor from Dusseldorf viewed 'Berita baik daripada kerajaan diharap beri keceria' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Muat Naik Video Ibu Zayn Rayyan Berjalan Be' 1 hr ago