Translate

10 February 2025

Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah



Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah

Bernama

10/02/2025


Helmi berkata polis telah menahan lelaki itu kerana menghalang tugas dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penjawat awam. - Gambar hiasan/Adobe Stock Image


BUKIT MERTAJAM: Lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan menghalang tugas penjawat awam ketika operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata hasil ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine.

"Kira-kira 10 malam, polis bersama JPJ, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Imigresen Pulau Pinang yang menjalankan operasi bersepadu di laluan motosikal menghala ke Pulau Pinang berhampiran Tol Jambatan Pulau Pinang telah menahan lelaki menaiki sebuah motosikal.

"Hasil semakan mendapati cukai jalan dan insurans motosikalnya telah tamat tempoh pada 14 Dis 2024. Semasa proses untuk keluarkan saman dan sitaan motosikal oleh pihak JPJ, lelaki itu telah mengeluarkan perkataan kesat dan menghalang JPJ menjalankan tugas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis telah menahan lelaki itu kerana menghalang tugas dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penjawat awam.

Helmi berkata lelaki berusia 50 tahun itu kini direman hingga Rabu ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, media melaporkan tindakan seorang penunggang motosikal yang mengamuk sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pihak berkuasa membawa padah apabila dia ditahan polis ketika Operasi Khas Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025 di Jambatan Pulau Pinang, malam tadi.

Lelaki itu yang menunggang bersama teman wanitanya seorang warga Indonesia pada mulanya disaman JPJ atas kesalahan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh serta tiada insurans.

Berikutan kesalahan itu, anggota penguat kuasa memaklumkan motosikalnya akan disita menyebabkan dia tiba-tiba naik angin hingga berlaku kekecohan dan situasi tegang itu berlarutan lebih setengah jam sebelum dia ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from California viewed 'ROSMAH'S SON RIZA SHAHRIZ ABDUL AZIZ FUNDS X-RATED' 2 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada Lagi Lesen Import Baharu Rokok Mulai 1 Janua' 3 hrs 1 min ago
A visitor from Malacca viewed 'Garis Panduan Majlis Akad Nikah - JAWI | BEST FBKL' 3 hrs 8 mins ago