Translate

12 February 2025

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB



KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB

Bernama

12/02/2025


KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).- Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan kerugian yang dialami daripada penjualan itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata tuduhan berkenaan adalah tidak berasas.

"Selaras dengan Polisi 'Chinese Wall' KWSP, terdapat sempadan yang ketat antara pasukan yang mempunyai akses kepada maklumat bukan awam dan pasukan yang mengendalikan pelaburan pasaran awam bagi memastikan tiada pertindihan maklumat di antara kedua-duanya.

"Pasukan pelaburan pasaran awam beroperasi secara bebas dan membuat keputusan dagangan hanya berdasarkan kepada maklumat yang tersedia secara umum," katanya.

KWSP menambah, pihaknya sentiasa mengalu-alukan sebarang semakan dan siasatan terhadap pelaburannya dalam MAHB serta kekal komited terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban.

-- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED