Translate

08 February 2025

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina



KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina

Bernama

08/02/2025


Fadhlina berkata KPM juga menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu. - Gambar fail


NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah bagi menawarkannya kepada guru.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya ketika ini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu, namun tidak menolak kemungkinan mereka mendapat kebenaran daripada individu dan bukan kebenaran rasmi daripada KPM.

"Jadi sebab itu, perkara ini kita sedang siasat dengan teliti bagaimana mereka boleh masuk sampai ke premis-premis KPM, namun kita percaya barangkali mereka masuk ini dengan kebenaran individu bukan kebenaran yang rasmi jadi sebab itu saya sebut pentadbir sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), mestilah pastikan mendapat kebenaran (KPM) terlebih dahulu.

"Kita kena pastikan sama ada mereka ini, orang yang datang dengan hasrat yang betul ataupun punya agenda lain dan ini mesti diambil tanggungjawab penuh di peringkat sekolah khususnya keselamatan dan apa sahaja yang ditawarkan, kena dilihat dengan bersungguh-sungguh kerana ia melibatkan keselamatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ceria Ke Sekolah Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pusat Khidmat Parlimen Nibong Tebal di sini hari ini.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan yang mendakwa syarikat perunding kewangan menggunakan guru-guru untuk dijadikan ejen dan sekolah sebagai tempat mengadakan taklimat perkongsian perunding kewangan.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dilaporkan mengesahkan sedang menjalankan siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman melibatkan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.

Fadhlina berkata KPM juga menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu dan berharap ia dapat disiasat segera supaya nasib penjawat awam khususnya guru-guru dapat dibela.

"Di peringkat KPM memang kita ambil perhatian penuh dan sentiasa mengingatkan semua guru dan pegawai kita untuk mengambil langkah berjaga-jaga supaya dapat menangani daripada terjebak daripada aktiviti tersebut," katanya.

Semalam media melaporkan, bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dilaporkan berkata KPM atau pun mana-mana pihak diminta memberikan penjelasan lanjut berhubung sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan kepada penjawat awam terutamanya guru.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oregon viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 25 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Pendakwa Isalam Zamri Vinoth Direman Dua Hari | BE' 27 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 39 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 40 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat enggan mengulas la' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lecturer claims trial for committing s*xual acts u' 54 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Our "moral keepers" have ruled that these two wome' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Royalties Participating in the Sea Games | BEST FB' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan penceramah bebas, disyaki muat naik ha' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 2 hrs 4 mins ago