Translate

21 February 2025

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street



KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street

Bernama

20/02/2025


Anggota Penguatkuasa KPDN melihat barangan jualan ketika operasi bersepadu Ops Putra di sekitar Petaling Street hari ini. - Gambar Bernama


KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

Timbalan Pengarah KPDN Kuala Lumpur Nurul Syarina Md Anuar berkata rampasan itu dibuat dalam serbuan pada 3.30 petang tadi di kawasan berkenaan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Putra.

Beliau berkata kesemua barangan yang dirampas termasuk beg tangan, tali pinggang, dompet, selipar, kasut, jam tangan dan topi, dipercayai dijual pada harga serendah RM50 hingga RM450.

"Sejak 2023, Jalan Petaling telah disenaraikan semula dalam United States Trade Representative Report sebagai lokasi premis penjualan barangan tiruan terkemuka di dunia.

"Justeru, Malaysia digesa untuk mengambil tindakan segera supaya nama Jalan Petaling dapat dikeluarkan daripada senarai tersebut kerana ia boleh menjejaskan pelaburan negara, terutamanya yang melibatkan pemilik cap dagangan dari serata dunia," katanya pada sidang media di lokasi serbuan.

Mengulas lanjut, Nurul Syarina berkata semakan rekod oleh pihaknya mendapati premis yang terlibat berkemungkinan beroperasi dalam rangkaian yang sama dan disyaki diusahakan oleh warga asing, manakala rakyat tempatan berperanan sebagai pemilik premis.

Beliau berkata siasatan juga mendapati barangan tersebut dipercayai dibawa masuk dari luar negara dan disimpan di stor tertentu sebelum diedarkan kepada peniaga untuk dijual.

Menurutnya serbuan itu disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dengan peruntukan denda sehingga RM15,000 bagi setiap unit barangan tiruan untuk syarikat dan RM10,000 bagi individu yang terlibat.

"Siasatan juga akan dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (ALMATFPUAA) Bagi mengenal pasti sindiket yang terlibat dalam kegiatan ini," katanya.

Beliau berkata sepanjang Op Putra yang dilaksanakan sejak 2023, sebanyak 107 kes telah direkodkan di bawah Akta Cap Dagangan 2019, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Hak Cipta 1987 dengan nilai sitaan berjumlah RM1.8 juta.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Wyoming viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 27 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'DBKL Besar Sangat Ke Kesalahan Abang Belon? | BEST' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 2 hrs 17 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from New york viewed 'U.S. President Donald Trump told his Philippine co' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar luang masa baca kad raya kreatif daripada' 3 hrs 27 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Royalties Participating in the Sea Games | BEST FB' 3 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 4 hrs 22 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 4 hrs 24 mins ago