Translate

21 February 2025

Kes bunuh peniaga wanita: Suspek disambung reman tujuh hari



Kes bunuh peniaga wanita: Suspek disambung reman tujuh hari

Bernama

21/02/2025


Sebelum ini, polis menahan suspek (tengah) di kawasan perumahan Wakaf Tembesu Gong Badak, Kuala Terengganu dan merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian selain dokumen bagi membantu siasatan. - Gambar fail/BERNAMA


KUANTAN: Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata proses sambung reman itu dibuat selepas kes dirujuk kepada Majistret Nor Izzati Zakaria di Mahkamah Majistret di sini, berikutan tempoh reman lelaki berumur 53 tahun itu tamat hari ini.

"Polis telah mendapatkan perintah sambung reman terhadap individu terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, mayat seorang peniaga makanan wanita Norshamira Zainal, 37, ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini dan siasatan lanjut mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Susulan itu, polis telah menahan seorang lelaki di kawasan perumahan Wakaf Tembesu Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu pada Sabtu dan merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian selain dokumen bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED