Translate

21 February 2025

Kanak-kanak tercekik gula-gula 'gummy' meninggal dunia



Kanak-kanak tercekik gula-gula 'gummy' meninggal dunia

Bernama

20/02/2025


Mohammad Fahmi Hafiz meninggal dunia kira-kira 11 malam ketika menerima rawatan di PICU Hospital Pulau Pinang. - Gambar Bernama


GEORGE TOWN: Kanak-kanak berusia 10 tahun yang kritikal selepas didakwa tercekik gula-gula jenis gummy, meninggal dunia malam ini.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh ibu saudaranya Siti Farhani Muhammad Fikri, 33.

Siti Farhani ketika dihubungi berkata Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin meninggal dunia kira-kira 11 malam ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang.

"Saya dimaklumkan oleh ibu Mohammad Fahmi Hafiz, yang mangsa telah meninggal dunia sebentar tadi dan jenazah akan dikebumikan di kampung neneknya di Permatang Binjai selepas selesai urusan di hospital nanti," katanya.

Semalam, media melaporkan seorang murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Dua, Butterworth kritikal dan dirawat di PICU Hospital Pulau Pinang selepas tercekik gula-gula jenis gummy yang dibelinya di luar kawasan sekolah.

Mohammad Fahmi Hafiz dipercayai membeli dua biji gula-gula itu sebelum sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada 2.30 petang.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Vermont viewed 'Malaysia tidak perlu panik, gopoh buat keputusan b' 14 mins ago
A visitor from La rioja viewed 'Bapa mengaku bersalah sumbang mahram bersama anak ' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Small plane crashes in Minnesota after close call ' 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, ketidak' 40 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 48 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Influenza ancaman senyap d****a dan kanak-kanak, t' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar receives a visit from Indian music legend' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'SIDANG MEDIA KETUA POLIS SELANGOR OP GAS PUTRA HEI' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 1 hr 41 mins ago