Translate

25 February 2025

Ismail Sabri semakin pulih, hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan melawat



Ismail Sabri semakin pulih, hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan melawat

BULETIN TV3 

24 Februari 2025

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Foto fail


BERA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini menjalani pemulihan di sebuah hospital swasta di Kota Damansara di Selangor dan kesihatan beliau semakin baik.

Pegawai khas Ismail Sabri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakat India di kawasan Parlimen Bera K Ramesh berkata, Ahli Parlimen Bera selama lima penggal itu masih dalam pemantauan.

“Saya ke hospital pada Sabtu (22 Februari) dan dimaklumkan tiada pelawat dibenarkan melainkan ahli keluarga terdekat. Saya percaya beliau (Ismail Sabri) memerlukan masa untuk berehat dan pulih sepenuhnya.

“Saya diberitahu keadaan kesihatannya semakin baik. Marilah kita semua mendoakan Datuk Seri segera sembuh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ramesh berkata, Ismail Sabri dijadualkan menghadiri satu program bersama masyarakat Orang Asli di Pos Iskandar, Bera, pada 22 Februari, namun tidak dapat hadir selepas dikejarkan ke hospital pada 2.30 pagi akibat pengsan di rumahnya di Kuala Lumpur disebabkan tekanan darah tinggi.

Dilaporkan Ismail Sabri, dikejarkan ke hospital selepas ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya.

Popular Posts - Last 7 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED