Translate

09 February 2025

Insiden tembakan di Setia Alam: KPN nasihat elakkan spekulasi hingga timbulkan kegelisahan awam



Insiden tembakan di Setia Alam: KPN nasihat elakkan spekulasi hingga timbulkan kegelisahan awam

Bernama

09/02/2025


Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata sebarang spekulasi berkenaan kes itu boleh menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai.- Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor di sini, malam tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata sebarang spekulasi berkenaan kes itu boleh menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai.

"Kami faham bahawa timbul kebimbangan dalam kalangan masyarakat susulan kes ini, namun kami berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan keresahan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Razarudin berkata kawalan keselamatan di pusat beli-belah dan lokasi tumpuan umum di seluruh negara kini akan diperketatkan susulan kejadian di Setia Alam itu.

Katanya, anggota polis bantuan dan pengawal keselamatan di lokasi kejadian juga sudah diarahkan sentiasa berwaspada terhadap sebarang aktiviti mencurigakan.

Terkini, Razarudin memaklumkan bahawa polis Selangor telah mengenal pasti suspek dan pelbagai elemen polis sedang berada di lapangan untuk mengesan keberadaannya.

"Kami juga telah memaklumkan kepada polis di negeri-negeri jiran serta pihak berkuasa di sempadan untuk turut berwaspada," katanya.

Media semalam melaporkan berlakunya kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam pada 10.50 malam, yang menyebabkan seorang pekerja pembersihan cedera.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan hari ini dilaporkan berkata suspek yang sedang diburu itu adalah seorang lelaki warga tempatan berumur 30-an, berkulit cerah dan mempunyai 11 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video Fathia Latiff Menari dengan g*ya yang sunggu' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jabatan Agama Islam Perak dan Majlis Perbandaran I' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Klang viewed 'CCTV video of gang-rape goes viral | BEST FBKL' 5 hrs 30 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Siasatan awal di' 6 hrs 18 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Eyka Farhana, Akhyar Rashid Diijabkabul | BEST FBK' 6 hrs 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Meet Imraz Ikhbal The Man Behind The Series of "My' 7 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 8 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 8 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 8 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zakuan diperin' 8 hrs 31 mins ago