Translate

20 February 2025

Imam etnik Rohingya didakwa lakukan amang seksual di masjid



Imam etnik Rohingya didakwa lakukan amang seksual di masjid

BULETIN TV3

19 Februari 2025

Solim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kota Bharu, hari ini. – FOTO: NSTP


KOTA BHARU: Seorang imam warga etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki di sebuah masjid di Kampung Paya Bemban, di sini, Rabu lalu.

Tertuduh, Solim Abdul Jalil, 60, yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa berusia sembilan tahun lapan bulan, pada waktu asar kira-kira jam 5 petang 12 Februari lalu di sebuah masjid di Kampung Paya Bemban

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Muhamad Fikri Muhamad.

Ahmad Faiz tidak menawarkan sebarang ikat jamin, namun Muhamad Fikri memaklumkan pihaknya sudah membuat permohonan bertulis untuk permohonan jaminan.

Mahkamah kemudian tidak menawarkan ikat jamin dan menetapkan 19 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.


Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED