Translate

23 February 2025

Waspada akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor












Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor

Astro Awani

23/02/2025


Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang. - Foto Instagram officialsultanibrahim


TERDAPAT akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan menggunakan gambar Keluarga Diraja Johor tanpa kebenaran.

Terdapat akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan menggunakan gambar Keluarga Diraja Johor tanpa kebenaran. Akaun-akaun ini sering digunakan oleh "scammers" untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) menasihatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu tersebut.

Penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah kesalahan di sisi undang-undang, dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh," kata kenyataan tersebut yang dimuat naik di media sosial rasmi, officialsultanibrahim pada Ahad.

Dalam masa sama, Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Sehubungan itu, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed '46 masih dirawat, seo' 6 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perjumpaan PM Anwar bersama warga Jabatan Perdana ' 13 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Malaysia tidak perlu panik, gopoh buat keputusan b' 24 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'BEST FBKL' 24 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PM Anwar Ibrahim's Statement on the United States ' 25 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Malaysia tidak perlu panik, gopoh buat keputusan b' 25 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'All Square at Manchester Derby as Tottenham beats ' 27 mins ago