Translate

28 February 2025

Faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings, faktor dua syarikat subsidiari Felda rugi



Faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings, faktor dua syarikat subsidiari Felda rugi

Bernama

28/02/2025


Felda akan terus mengukuhkan kawalan kewangan dan memperbaiki prestasi anak-anak syarikat bagi memastikan kestabilan, berdaya tahan dan berada di landasan yang betul.


KUALA LUMPUR: Faktor kerugian dua syarikat subsidiari Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebanyak RM165 juta berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 1/2025 dalam Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023, disebabkan pembayaran faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings Berhad.

Felda dalam kenyataan semalam memaklumkan kerugian itu juga berpunca daripada penjejasan nilai pelaburan dalam syarikat bersekutu akibat penurunan harga pelaburan saham pada 2023 sebanyak RM25 juta berbanding RM38 juta pada tahun sebelumnya.

"Dalam laporan yang sama, sembilan lagi syarikat subsidiari Felda merekodkan keuntungan.

"Felda komited untuk terus pastikan kedudukan kewangan yang kukuh dan mampan dengan mengambil langkah strategik bagi meningkatkan kecekapan pengurusan serta mengurangkan risiko kewangan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan Felda akan terus mengukuhkan kawalan kewangan dan memperbaiki prestasi anak-anak syarikat bagi memastikan kestabilan, berdaya tahan dan berada di landasan yang betul.



-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Seremban viewed 'e-Ansuran LHDN boleh diakses di portal MyTax | BES' 4 mins ago
A visitor from Bagan serai viewed 'Kes Rayuan Syed Saddiq bermula hari ini | BEST FBK' 15 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Bella hadir beri sokongan kepada Syed Saddiq | BES' 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bella hadir beri sokongan kepada Syed Saddiq | BES' 19 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Driver Honda Tunjuk Samseng | BEST FBKL' 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Mohd Said Bani raih anugerah ‘Communicator of the ' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Driver Honda Tunjuk Samseng | BEST FBKL' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Driver Honda Tunjuk Samseng | BEST FBKL' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'FULL splashdown and recovery of NASA returning ast' 49 mins ago