Translate

26 February 2025

Dua maut akibat mesin meletup, JKKP keluar notis larangan kerja



Dua maut akibat mesin meletup, JKKP keluar notis larangan kerja

Bernama

26/02/2025


Jaafar (foto) berkata larangan berkaitan aktiviti kerja di mesin centrifugation serta pengoperasian di seluruh lokasi kemalangan di kilang terbabit berkuat kuasa sehingga siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kemalangan selesai dijalankan. -FB


TANGKAK: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor hari ini mengeluarkan dua notis larangan berkaitan aktiviti kerja susulan letupan mesin di kilang pembuatan dan pemprosesan getah di sini sehingga menyebabkan dua lelaki maut dalam kejadian Isnin lepas.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor mengeluarkan dua notis larangan berkaitan aktiviti kerja di mesin centrifugation dan pengoperasian di seluruh lokasi kemalangan di kilang pembuatan dan pemprosesan getah susulan letupan yang menyebabkan dua lelaki maut.

Siasatan awal mendapati letupan berlaku selepas kira-kira 25 minit pengujian mesin centrifugation, menyebabkan serpihan berterbangan dan mencederakan dua pekerja kontraktor dan tujuh pekerja kilang, dengan dua daripada mereka meninggal dunia di hospital.

Tindakan perundangan akan diambil terhadap pihak bertanggungjawab jika terdapat pelanggaran Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, yang memperuntukkan denda hingga RM500,000 jika sabit kesalahan.

Pengarah JKKP negeri Jaafar Leman berkata larangan berkaitan aktiviti kerja di mesin centrifugation serta pengoperasian di seluruh lokasi kemalangan di kilang terbabit berkuat kuasa sehingga siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kemalangan selesai dijalankan.

"Siasatan awal mendapati sebelum kemalangan terdapat aktiviti kerja penukaran bowl pada mesin centrifugation itu oleh dua pekerja kontraktor yang dilantik pihak kilang.

"Setelah kerja-kerja penukaran bowl pada mesin centrifugation selesai dijalankan, pekerja kontraktor terbabit telah memasang semula penutup pada mesin itu dan pengujian dijalankan pada mesin berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya setelah kira-kira 25 minit pengujian dijalankan, mesin dan bowl telah pecah menyebabkan pelbagai serpihan body part pada mesin, disc dan bowl berterbangan ke kawasan sekitar centrifugation itu.

Jaafar berkata kejadian itu mengakibatkan dua pekerja kontraktor dan tujuh pekerja kilang yang berada di sekitar kawasan kejadian cedera dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, namun dua yang cedera iaitu seorang pekerja kontraktor dan seorang pekerja kilang, telah meninggal dunia di hospital.

"Dua orang lagi masih menerima rawatan di hospital manakala selebihnya telah dibenarkan pulang.

Beliau berkata tindakan perundangan akan diambil terhadap pihak bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang memperuntukkan denda hingga RM500,000, jika sabit kesalahan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib dilaporkan berkata dua lelaki tempatan berusia 45 dan 50 tahun maut manakala tujuh yang lain cedera selepas sebuah mesin meletup di kilang pembuatan dan pemprosesan getah di sini kira-kira 2 petang, Isnin.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuching viewed 'Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLI' 13 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 25 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 25 mins ago
A visitor from Bayan lepas viewed 'Gobind Singh berpotensi teruskan legasi politik Ka' 31 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLI' 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pulau Pinang senarai 10 projek keutamaan permohona' 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PGA tahan dua lelaki, rampas 40 tan beras putih se' 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KPDN serbu stor haram seleweng LPG, sita 608 tong ' 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perdana Menteri santuni peniaga, pengunjung Bazar ' 1 hr 4 mins ago