Translate

09 February 2025

4 finalis CSOIAM rebut gelaran juara, hadiah bernilai RM1 juta



4 finalis CSOIAM rebut gelaran juara, hadiah bernilai RM1 juta

BULETIN TV3

08 Februari 2025




KUALA LUMPUR: Setelah tujuh minggu yang mengujakan, Grand Finale Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) bakal mencatatkan sejarah baharu dalam dunia hiburan tanah air esok.

Ia akan menyaksikan persaingan empat finalis CSOIAM iaitu Kai Deva, Marygrace, Jimi dan Zazzleen.

Sejak pertama kali disiarkan, CSOIAM telah menawan hati jutaan penonton dengan lebih 8 juta tontonan, selain memberi peluang kepada peserta untuk mengejar impian.

Malam Grand Finale itu adalah kemuncak kepada perjalanan penuh debaran yang akan menentukan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM1 juta.

Hadiah utama termasuk Peugeot 408 GT, wang tunai RM500,000, kontrak rakaman dengan Alternate Records serta lagu baharu yang bakal digubah oleh bintang muzik Indonesia, Ade Govinda.

Malam kemuncak akan dibuka dengan persembahan daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ella dan Faizal Tahir, juga Naib Juara One in a Million musim pertama yang akan turut membuat penampilan istimewa.

CSOIAM bukan hanya pertandingan, tetapi juga sebuah perjalanan luar biasa bagi finalis yang berpeluang memperbaiki kemahiran vokal dan pentas, selain diberi peluang untuk mengikuti kelas induk eksklusif dengan penerbit J-pop terkenal, membuka peluang menerokai pasaran muzik global.

Menerusi sokongan daripada Etika Sdn. Bhd. dan PEUGEOT, CSOIAM telah mengangkat program itu ke tahap yang luar biasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Nini Yusof turut menyatakan rasa bangga terhadap kejayaan program itu dalam mengangkat industri hiburan Malaysia, selain Ketua Pegawai Eksekutif Etika Sdn. Bhd, Santharuban Thurai Sundaram yang menekankan CSOIAM lebih daripada sekadar pertandingan dan ia adalah satu perayaan bakat yang telah menghidupkan industri muzik tanah air.

Untuk menambah kemeriahan, pada malam Grand Finale, 100 penonton bertuah akan membawa pulang hadiah eksklusif bernilai RM100,000, selain Peugeot Landtrek yang diberikan setiap minggu kepada penonton bertuah sepanjang musim itu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Siasatan menyeluruh dimulakan,' 4 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Donald Trump and Kim Jong Un Summit In Singapore a' 8 mins ago
A visitor from Medan viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 10 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Kastam rampas mercun, bunga api bernilai hampir RM' 14 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Satu lagi bank luar negara didenda R' 26 mins ago
A visitor from Kansas viewed '9 remanded in Penang over escape of police detaine' 30 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 45 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 55 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Sparks fly at the first meeting between President ' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 1 hr 13 mins ago