Translate

28 February 2025

MYCC kenakan penalti lebih RM92 juta ke atas lapan perusahaan terlibat tipuan bida



MYCC kenakan penalti lebih RM92 juta ke atas lapan perusahaan terlibat tipuan bida

Bernama

28/02/2025


Iskandar berkata semasa serbuan dilakukan oleh MyCC, hampir semua bukti utama ditemui di premis Pintas Utama. - Gambar fail/Astro AWANI


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti berjumlah RM92,876,078.90 terhadap lapan perusahaan kerana terlibat dalam kartel tipuan bida melibatkan dua tender Jabatan Kerja Raya (JKR) dan satu tender Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Iskandar Ismail dalam kenyataan hari ini berkata penalti itu dikenakan selepas agensi itu membuat keputusan pada semalam yang mendapati kesemua lapan perusahaan berkenaan melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712).

Iskandar berkata dua tender JKR yang dikaitkan dengan kartel ialah tender Central Spine Road (CSR) Pakej 3; Gua Musang Kelantan ke Kampung Relong, Kuala Lipis Pahang melibatkan Seksyen 3B dan 3C kilometer 180.5 FT08 ke Bulatan Gua Musang (CSR: 3B & 3C); dan Seksyen 3J Kampung Seberang Jelai ke Kampung Relong (CSR: 3J); manakala satu tender di bawah JPS ialah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Buloh (RTB: Sungai Buloh), dianggarkan bernilai RM474 juta pada 2019.

"Dalam hal ini, MyCC telah menjalankan serbuan, mengumpul maklumat dan menjalankan analisis mendalam terhadap bukti-bukti yang berkaitan," katanya.

Beliau berkata melalui penyiasatan yang dijalankan itu, MyCC mendapati modus operandi kumpulan kartel itu didalangi oleh Mangkubumi Sdn Bhd (Mangkubumi) dan operasi dijalankan secara berpusat di Pintas Utama Sdn Bhd (Pintas Utama).

Iskandar berkata semasa serbuan dilakukan oleh MyCC, hampir semua bukti utama ditemui di premis Pintas Utama.

Percaturan untuk membida tender dilakukan melalui perkongsian maklumat melalui emel, mesyuarat dan penyediaan dokumen tender secara fizikal di premis Pintas Utama dan modus operandi ini digunakan oleh kumpulan kartel berkenaan yang melibatkan ketiga-tiga projek.

Berdasarkan percaturan itu, Mangkubumi bertindak sebagai kontraktor utama bagi pihak IDX Multi Resources dan Menang Idaman yang seterusnya telah subkontrak tender berkenaan kepada sebuah lagi perusahaan iaitu YCH Sdn Bhd (YCH).

"Namun, bagi Tender RTB: Sungai Buloh, MyCC mendapati bahawa IDX Multi Resources, setelah dianugerahkan tender berkenaan telah subkontrak projek itu terus kepada YCH," katanya.

Iskandar berkata pihaknya sedang giat menyiasat 13 lagi kartel tipuan bida melibatkan 561 perusahaan berkaitan tender bernilai RM2.37 bilion, dan pada masa sama sedang menilai aduan membabitkan 463 perusahaan dalam tender bernilai RM9.27 bilion.

-- BERNAMA

Lebih 20,000 murid sekolah terima tajaan makan tengah hari - Bernas



Lebih 20,000 murid sekolah terima tajaan makan tengah hari - Bernas

Bernama

28/02/2025


Wan Rosdy bergambar bersama murid-murid Orang Asli selepas menyempurnakan PROMAK Peringkat Negeri Pahang 2025 anjuran BERNAS di Sekolah Kebangsaan Kuala Koyan hari ini. - Gambar Bernama


LIPIS: Lebih 20,000 murid sekolah rendah yang kurang berkemampuan daripada 97 sekolah di Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang menerima bantuan berbentuk tajaan makan tengah hari seimbang menerusi Program Makanan Kesihatan (Promak) sejak Januari 2022.

Pengerusi Padiberas Nasional Bhd (Bernas) Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata usaha bersepadu Promak yang dirangka Bernas dengan kerjasama rapat Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan ini telah menyediakan lebih sembilan juta hidangan tengah hari dapat dinikmati murid sekolah terlibat.

Beliau berkata program ini tidak meminggirkan mana-mana kumpulan B40 apabila manfaatnya turut sama diperluas kepada masyarakat Orang Asli dalam misi bersama-sama kerajaan menjayakan agenda nasional menangani isu malnutrisi murid sekolah rendah di negara ini.

"Alhamdulillah, Promak diperluas lagi dengan tercapainya hasrat Bernas untuk menyantuni masyarakat Orang Asli dan memastikan anak-anak ini mendapat akses kepada sumber pemakanan yang seimbang di sekolah.

"Promak menawarkan pelbagai menu pilihan yang dirancang khas mengikut keperluan pemakanan murid yang sedang membesar. (Ini kerana) makanan asas yang mencukupi dan seimbang untuk anak sedang membesar cukup penting untuk tumbesaran dan perkembangan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Makanan Kesihatan (Promak) PeringkatNegeri Pahang di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Koyan di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Mengulas lebih lanjut, Rohani berkata SK Kuala Koyan menjadi sekolah Orang Asli pertama menerima bantuan tajaan makanan tengah hari di Pahang dan pihaknya akan memberikan pertimbangan sama ada Bernas akan memperluas lagi manfaat itu kepada lebih ramai anak-anak Orang Asli pada masa akan datang.

"Pahang adalah edisi terkini dalam senarai tajaan Promak yang melibatkan seramai 1,534 muriddari empat sekolah iaitu SK Pontian, SK Janglau, SK Rompin dan SK Kuala Koyan sejak Oktober lepas," katanya.

Beliau berkata sejak Promak dilaksanakan, pihaknya mendapat maklum balas positif ke atas berat, ketinggian dan kehadiran murid berdasarkan kepada rekod Data Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK).

"Sebagai contoh, rekod Data SEGAK di Kedah mencatatkan jumlah murid tertinggi mendapat manfaat Promak di 45 sekolah di negeri itu, menunjukkan tiga peratus penurunan dalam kalangan murid-murid kurang berat (underweight) daripada 12 peratus atau 634 murid pada 2023 kepada sembilan peratus atau 457 murid pada 2024," katanya.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berharap lebih banyak syarikat swasta dapat mengikuti inisiatif sebagaimana yang digerakkan oleh Bernas dalam bersama-sama dengan kerajaan membantu golongan kurang berkemampuan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada BERNAS kerana membuat program seperti ini yang sangat baik dalam membantu golongan B40 mendapat makanan berzat. Saya percaya program seperti ini dapat menyumbang kepada kecerdasan otak murid-murid, meningkatkan kehadiran mereka ke sekolah dan membantu menangani masalah bantut di Pahang.

"Ini adalah contoh terbaik bagaimana kerjasama antara sektor swasta dan kerajaan boleh memberikan impak positif kepada masyarakat setempat," katanya.

-- BERNAMA

Pope Francis, two weeks into hospital stay, continues slow recovery



Pope Francis, two weeks into hospital stay, continues slow recovery

Reuters

28/02/2025


Decorated candles, flowers, and pictures of Pope Francis sit next to the statue of the late Pope John Paul II outside Gemelli Hospital, where Pope Francis is admitted for treatment, in Rome, Italy. - REUTERS


VATICAN CITY: Pope Francis, who has been hospitalised for two weeks battling double pneumonia, has spent another peaceful night and is now resting, the Vatican said on Friday.

Francis, 88, was admitted to Rome's Gemelli hospital on February 14 with what was originally described as a bronchitis and was later revealed to have developed into something more serious.

In a medical update on Thursday, the Vatican said the pontiff's condition had "continued to show improvement" but his prognosis remained guarded due to a complex clinical picture.

A Vatican official, who did not wish to be named because he was not authorised to discuss the pope's health, noted that Thursday's statement was the second consecutive one that did not describe the pope's condition as "critical".

"Maybe we can say he has passed the most critical phase," said the official.

Cardinal Michael Czerny, head of the Vatican's human development office, said in an interview with Italy's La Stampa newspaper that Francis was getting better, albeit "slower than what we would like".

Francis, who has been pope since 2013, has suffered several bouts of ill health over the past two years. He is prone to lung infections because he developed pleurisy as a young adult and had part of one lung removed.

Double pneumonia is a serious infection of both lungs that can inflame and scar them, making it difficult to breathe. The Vatican said Francis suffered a "prolonged asthma-like respiratory crisis" on Saturday, but there have been no repeats.

Ribut petir landa beberapa negeri hingga 9 malam ini - MetMalaysia



Ribut petir landa beberapa negeri hingga 9 malam ini - MetMalaysia

Bernama

28/02/2025


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 9 malam ini. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada 5.15 petang ini memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) serta Perak.

Turut terjejas Kelantan (Jeli dan Gua Musang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh), Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu, Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) turut terlibat.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru dan Marudi) serta Limbang.


-- BERNAMA

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad, 2 Mac















Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad, 2 Mac

28 Februari 2025

Jawatankuasa Hilal Ramadan Wilayah Persekutuan melakukan cerapan anak bulan bagi menentukan tarikh permulaan puasa ketika Majlis Rasmi Cerapan Hilal Ramadan 1446 Hijrah di Menara Kuala Lumpur. Foto NSTP


PETALING JAYA: Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Ahad, 2 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

20 Februari lalu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi satu kenyataan, menetapkan hari ini, 28 Februari bersamaan 29 Syaaban 1446H untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia.

Proses melihat anak bulan Ramadan berlangsung di 29 lokasi di seluruh negara antaranya di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka.

Sritex Indonesia tutup operasi 1 Mac, lebih 10,000 pekerja diberhentikan



Sritex Indonesia tutup operasi 1 Mac, lebih 10,000 pekerja diberhentikan

Bernama

28/02/2025


Pekerja Sritex secara rasmi diberhentikan pada 26 Feb dengan hari terakhir bekerja pada 28 Feb. - Foto Sritex


JAKARTA: Gergasi tekstil Indonesia, PT Sri Rejeki Isman (Sritex) akan menutup operasi secara kekal pada 1 Mac 2025 selepas Mahkamah Agung negara itu mengekalkan keputusan muflis, mengakibatkan 10,665 pekerja diberhentikan.

Media tempatan melaporkan bahawa proses pemberhentian pekerja bermula sejak Januari, melibatkan pekerja PT Bitratex Semarang, diikuti gelombang kedua pada Februari yang menjejaskan kakitangan di PT Sritex Sukoharjo, PT Primayuda Boyolali, PT Sinar Panja Jaya Semarang, dan PT Bitratex Semarang.

Timbalan Menteri Tenaga Kerja, Immanuel Ebenezer Gerungan memberi jaminan bahawa kerajaan sedang berusaha melindungi hak pekerja yang terjejas dengan menyelaraskan pengurusan Sritex bagi memastikan pembayaran pampasan dan perlindungan insurans kehilangan pekerjaan.

"Kerajaan, melalui kementerian akan tetap bersama pekerja. Sebagai negara yang berasaskan undang-undang, kita mesti mematuhi proses perundangan," katanya seperti dipetik portal berita Sindo News.

Sementara itu, pekerja Sritex secara rasmi diberhentikan pada 26 Feb dengan hari terakhir bekerja pada 28 Feb, menurut Ketua Pejabat Perindustrian dan Tenaga Kerja Sukoharjo, Sumarno.

"Pembayaran pampasan akan dikendalikan oleh kurator yang dilantik, manakala faedah pencen berada di bawah BPJS Ketenagakerjaan (Agensi Keselamatan Sosial Pekerjaan)," katanya.

Pernah menjadi pengeluar tekstil terbesar di Indonesia, Sritex berdepan masalah hutang yang semakin meningkat sebelum Mahkamah Agung mengesahkan kebankrapan awal tahun ini.

Diasaskan oleh Lukminto pada 1966 sebagai UD Sri Redjeki, Sritex berkembang daripada perniagaan perdagangan kecil kepada pengeluar tekstil berskala besar dan mula meluaskan pasaran antarabangsa pada 1994 dengan pengeluaran pakaian seragam tentera.

Syarikat itu disenaraikan di Bursa Saham Indonesia pada 2013 dan memainkan peranan penting dalam pengedaran 45 juta pelitup muka semasa pandemik COVID-19 pada 2020.

-- BERNAMA

Liputan rangkaian 5G capai 82.4 peratus setakat Disember



Liputan rangkaian 5G capai 82.4 peratus setakat Disember

Bernama

28/02/2025


Teo berkata capaian itu sekali gus menjadikan Malaysia antara negara terpantas di dunia dalam memperluas akses komunikasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - Gambar fail/BERNAMA


KULAI: Capaian liputan rangkaian 5G di negara ini mencapai 82.4 peratus di kawasan berpenduduk setakat Disember lepas, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Teo berkata capaian itu sekali gus menjadikan Malaysia antara negara terpantas di dunia dalam memperluas akses komunikasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau berkata kadar penembusan akses 5G dalam kalangan rakyat juga mencatat peningkatan positif.

"Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara turut meningkat kepada 53.35 peratus berbanding 24.6 peratus tahun lepas.

"Sementara kadar liputan rangkaian 4G di Johor telah mencapai 99.9 peratus sehingga 31 Disember tahun lepas," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Future Health 4 All (FH4A) di Dewan Raya Putra Kulai di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kulai itu berkata perkembangan berkenaan dilihat dapat memanfaatkan sektor kesihatan, terutamanya untuk membuat pemantauan dan saringan secara digital merealisasikan potensi penuh rangkaian 5G dalam memperkasakan sektor penjagaan kesihatan.

Beliau berkata Program Rintis FH4A diperkenalkan sebagai inisiatif strategik, bertujuan mengaplikasikan teknologi terkini bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara, selain memastikan keterangkuman dan kesaksamaan akses kepada perkhidmatan kesihatan.

"Hasrat kami buat program sebegini adalah bagi mendidik masyarakat, pertama untuk kesedaran tentang kesihatan, keduanya bagaimana kita boleh mengguna pakai teknologi terkini untuk buat saringan kesihatan ataupun pemantauan kesihatan kerana nak dapat keputusan saringan kesihatan banyak peralatan diguna pakai.

"Jadi kami bawa teknologi ataupun solution provider ini supaya penduduk di sini boleh mengalami sendiri dan juga lebih peka tentang perkhidmatan ataupun teknologi sedia ada," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 yang diluluskan pada Rabu, Teo berharap semua pemain dalam industri media akan menyokong pembentukan MMM ini kerana ini satu langkah penting mewujudkan platform kepada pengamal media, industri dan kerajaan untuk bekerjasama.

-- BERNAMA

Jemaah Menteri menjunjung kasih titah Sultan Pahang berkaitan Titah Adendum - Fahmi



Jemaah Menteri menjunjung kasih titah Sultan Pahang berkaitan Titah Adendum - Fahmi

Bernama

28/02/2025


Fahmi menyatakan bahawa kerajaan berharap semua pihak menghormati titah Tuanku dan pelaksanaan berkaitan Titah Adendum akan diteruskan oleh kerajaan. -Bernama


PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini menjunjung kasih titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar semua pihak tidak berterusan membahaskan Titah Adendum.

Jemaah Menteri menjunjung kasih titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah agar semua pihak tidak berterusan membahaskan Titah Adendum, yang kini di bawah proses undang-undang.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyatakan bahawa kerajaan berharap semua pihak menghormati titah Tuanku dan pelaksanaan berkaitan Titah Adendum akan diteruskan oleh kerajaan.

Al-Sultan Abdullah menegaskan bahawa semua pihak perlu menghormati proses undang-undang dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan retorik mengenai isu Titah Adendum.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan MADANI berkata kerajaan berharap semua pihak menghormati titah Tuanku.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah merakamkan junjung kasih kerajaan terhadap titah baginda Sultan Abdullah. Seperti yang kita semua sedia maklum, Tuanku telah bertitah supaya isu Titah Adendum yang sekarang di bawah proses undang-undang perlu dihormati.

"Titah Tuanku meminta agar semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum ini," katanya dalam sidang media mingguan Menteri Komunikasi di sini hari ini.

Fahmi berkata pelaksanaan dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan proses itu (Titah Adendum) akan diteruskan oleh kerajaan.

Al-Sultan Abdullah semasa berangkat pada Program Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat di Masjid Negeri di Kuantan, Pahang, malam tadi, bertitah agar semua pihak tidak berterusan membahaskan isu berkaitan Titah Adendum kerana perkara itu kini di bawah proses undang-undang.

Baginda menegaskan semua pihak perlu menghormati proses tersebut berikutan perkara itu telah berada di bawah bidang kuasa pihak bertanggungjawab.

Baginda juga bertitah agar semua pihak menghormati proses serta undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan retorik.

-- BERNAMA

Kecederaan Zulfarhan sebabkan kematiannya tidak dapat dibuktikan - Hakim



Kecederaan Zulfarhan sebabkan kematiannya tidak dapat dibuktikan - Hakim

Bernama

28/02/2025


Zulfarhan telah meninggal dunia 10 hari selepas kejadian mencederakan berlaku antara 21 dan 22 Mei 2017.


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kecederaan yang dialami oleh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain yang menyebabkan kematiannya tidak dapat dibuktikan di sebalik keraguan yang munasabah.

Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kecederaan yang dialami oleh Zulfarhan Osman Zulkarnain tidak dapat dibuktikan menyebabkan kematian di sebalik keraguan yang munasabah, dan mengetepikan hukuman mati terhadap enam bekas penuntut UPNM.

Hukuman penjara 18 tahun terhadap keenam-enam bekas penuntut UPNM dikekalkan kerana menyebabkan kematian tanpa niat membunuh Zulfarhan, dengan hukuman bermula dari tarikh tangkapan pada 1 Jun 2017.

Keterangan pakar menunjukkan bahawa kecederaan yang dialami oleh Zulfarhan tidak semestinya menyebabkan kematian, dan ini menjadi faktor utama dalam keputusan mahkamah.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim ketika membuat keputusan itu berkata tambahan pula, Zulfarhan telah meninggal dunia 10 hari selepas kejadian mencederakan berlaku antara 21 dan 22 Mei 2017.

"Sehubungan itu, berdasarkan analisis keseluruhan keterangan, kami dapati elemen kecederaan yang dialami oleh mangsa pada lazimnya menyebabkan kematian tidak dapat dibuktikan di sebalik keraguan yang munasabah.

"Justeru itu, peruntukan di bawah Seksyen 300 (c) Kanun Keseksaan tidak dapat disandarkan oleh pihak pendakwaan dalam kes ini untuk membuktikan kesalahan membunuh," katanya dan kemudiannya mengetepikan hukuman mati dan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun terhadap keenam-enam bekas penuntut UPNM kerana menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan.

Enam bekas penuntut berkenaan ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Hakim Hasnah, yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata bagi kesalahan membunuh, elemen penting ialah sama ada kecederaan-kecederaan yang dialami oleh mangsa (Zulfarhan) pada lazimnya menyebabkan kematian.

Beliau berkata walaupun perkara itu adalah dapatan fakta yang perlu dibuat oleh hakim bicara, keterangan pakar perlu disandarkan dan diberi pertimbangan.

"Dalam kes ini, antara keterangan penting adalah keterangan saksi pendakwaan keenam (SP6), Dr Salmah Arshad yang menjalankan bedah siasat terhadap mangsa.

"Berdasarkan keterangan SP6, beliau bersetuju dengan pertanyaan pihak pendakwa raya bahawa luka bakar atau kesan lecur pada mangsa, lazimnya menyebabkan kematian. Dalam membuat sesuatu dapatan fakta, mahkamah perlu meneliti keseluruhan keterangan SP6 dan keterangan lain berkaitan bagi menentukan isu kecederaan yang pada lazimnya menyebabkan kematian ini telah dibuktikan atau sebaliknya," kata hakim itu.

Bagaimanapun, Hakim Hasnah berkata SP6 telah mengubah pernyataannya ketika disoal peguam semasa perbicaraan dengan menyatakan kesan kebakaran 30 dan 50 peratus itu boleh menyebabkan kematian tetapi tidak semestinya mati.

"Ketika disoal balas oleh peguam, saksi juga bersetuju bahawa luka bakar tahap tiga itu tidak secara automatik mengakibatkan kematian. Keterangan SP6 semasa disoal balas peguam tidak disentuh langsung oleh timbalan pendakwa raya semasa pemeriksaan semula.

"Berhubung perkara ini, pertimbangan perlu diberikan kepada keterangan pakar iaitu saksi pembelaan ke-19 (SD19) Dr Rohayu Shahar Adnan, yang antara lain mempertikaian dapatan SP6," katanya dan menambah sabitan terhadap perayu-perayu bagi kesalahan membunuh dan persubahatan membunuh (dihadapi Abdoul Hakeem) tidak dapat dipertahankan.

Sementara itu, Hakim Hasnah berkata keterangan bahawa perayu pertama hingga kelima dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menekap seterika wap kepada badan mangsa (Zulfarhan) dan memukul mangsa telah dibuktikan dengan keterangan daripada SP24 Ahmad Senabil Mohamad dan SP25 Mohd Syafiq Abdullah (bekas penuntut UPNM).

"Hakim bicara juga menegaskan bahawa SP24 dan SP25 ialah saksi yang boleh dipercayai (credible). Kami di peringkat rayuan ini tidak mempunyai sebab untuk mengganggu dapatan dan fakta hakim bicara yang mempunyai kelebihan audio dan visual saksi-saksi di samping meneliti kelakuan mereka.

"Oleh itu, keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan perayu-perayu bagi kesalahan membunuh diketepikan dan terdapat keterangan mencukupi bagi kesalahan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan. Oleh itu mahkamah mengembalikan hukuman penjara 18 tahun dari tarikh tangkap (1 Jun 2017) di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan," katanya.

Pada 23 Julai tahun lepas, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman mati terhadap enam bekas penuntut UPNM itu kerana membunuh Zulfarhan, selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan bagi menghidupkan semula kesalahan bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dihadapi mereka sebelum ini.

Sebelum ini, Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, manakala Abdoul Hakeem didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 Nov 2021 menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap semua enam penuntut itu selepas mendapati mereka bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Zulfarhan tanpa niat membunuhnya.

Bekas penuntut berkenaan, kini berusia 29 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di blok penginapan Asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi 22 Mei 2017.

Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Ditemui pemberita selepas prosiding, peguam Datuk Seri M. Ramachelvam yang dibantu Ameerul Radzi Azlan mewakili Muhammad Afif berkata anak guamnya dan perayu-perayu lain hanya akan menjalani baki hukuman penjara selama empat tahun.

"Keluarga anak guam saya telah meminta maaf kepada keluarga mangsa atas apa yang berlaku," kata Ramachelvam.

Pada prosiding hari ini, perayu-perayu lain turut diwakili peguam Amer Hamzah Arshad, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus dan Datuk Hazman Ahmad manakala pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai.

Selepas mahkamah menyampaikan keputusan, ahli keluarga kesemua perayu dilihat menangis sambil memeluk anak mereka yang berada di kandang tertuduh.

-- BERNAMA

JAKIM siasat pempengaruh cipta kandungan menyimpang daripada ajaran Islam



JAKIM siasat pempengaruh cipta kandungan menyimpang daripada ajaran Islam

Bernama

28/02/2025


Sirajuddin bercakap pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI di Sekolah Kebangsaan Menora, Kampung Menora hari ini. - Foto Bernama


KUALA KANGSAR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menjalankan siasatan terhadap beberapa pempengaruh kerana disyaki mencipta kandungan yang menyimpang daripada ajaran Islam di media sosial.

JAKIM menjalankan siasatan terhadap beberapa pempengaruh yang disyaki mencipta kandungan menyimpang daripada ajaran Islam di media sosial untuk mencegah kekeliruan dalam masyarakat.

JAKIM telah mewujudkan unit JAKIM Untuk Ummah (JUM) untuk memberi kefahaman kepada umat Islam mengenai pelbagai isu keagamaan di media sosial dan menjelaskan isu-isu sensitif.

Program ini bertujuan meningkatkan pembangunan dan penjanaan ekonomi di Kampung Menora serta menarik minat belia untuk pulang dan menyumbang kepada komuniti setempat.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata siasatan berkenaan bagi mengumpul maklumat untuk mencegah berlakunya kekeliruan dalam masyarakat membabitkan hal keagamaan.

"Ramai (pempengaruh) telah dikenal pasti dan dipanggil kerana disyaki menyimpang jauh ataupun sesat. Cuma, kita tak buat liputan meluas, namun semua itu ada dalam pemantauan di peringkat JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri.

"Kita seru umat Islam supaya berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan perkara ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI JAKIM di Kampung Menora bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Menora di sini hari ini.

Sirajuddin berkata pihaknya juga telah mewujudkan JAKIM Untuk Ummah (JUM), sebuah unit berperanan dalam memberi kefahaman kepada umat Islam tentang pelbagai perkara melibatkan aspek keagamaan di media sosial.

"JUM ini kita wujudkan bagi menjelaskan sebarang isu yang menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat terutama membabitkan hal-hal sensitif," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Sirajuddin berkata program Pelancaran Kampung Angkat MADANI JAKIM itu bertujuan meningkatkan pembangunan dan penjanaan ekonomi setempat di Kampung Menora.

"Kita akan bawa program-program yang mampu meningkat penjanaan ekonomi di sini bagi menarik semula minat belia untuk pulang ke kampung dan menabur bakti di sini.

"Perbincangan bersama beberapa pihak termasuk jawatankuasa kampung bagi memastikan perkara ini dapat direalisasikan sekali gus menyahut seruan Perdana Menteri supaya menyantuni masyarakat hingga peringkat akar umbi," katanya.

-- BERNAMA

PPNP didakwa duduki tanah kerajaan Pahang tanpa kebenaran sah



PPNP didakwa duduki tanah kerajaan Pahang tanpa kebenaran sah

Bernama

28/02/2025


Wan Aidie Amin (kiri) hadir ke mahkamah mewakili PPNP yang menghadapi petuduhan dalam Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tuduhan menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran. -Sinar Harian


KUANTAN: Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah.

Pertubuhan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (PPNP) didakwa menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah di Kampung Kawah, Mukim Hulu Kuantan pada 18 Jun 2024.

Jika sabit kesalahan, PPNP boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara.

Hakim membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 April untuk sebutan semula kes.

Pertubuhan itu yang diwakili bendaharinya Wan Aidie Amin Wan A. Aziz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang didakwa dilakukan di Kampung Kawah, Mukim Hulu Kuantan di sini pada 2 petang, 18 Jun 2024.

Pertuduhan mengikut Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara (Revised 2020) Akta 828 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) Muhammad Najmi Zaki Amer Suhaimi dan Muhammad Taqiyuddin Azizan manakala PPNP diwakili Asiah Abd Jalil.

Muhammad Najmi Zaki berkata pihak pendakwaan tidak menetapkan sebarang jumlah jaminan dan meminta mahkamah menentukan atas budi bicara.

Sementara itu, Asiah memohon jaminan minimum dengan mengambil kira ia sebuah pertubuhan dan wang ikat jamin ialah wang pertubuhan selain kes berkenaan tidak melibatkan kerugian kepada hasil kerajaan negeri.

Hakim Azman Mustapha membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 April untuk sebutan semula kes.

-- BERNAMA

Jangan salah guna kebebasan berhimpun untuk menipu, fitnah - PM Anwar



Jangan salah guna kebebasan berhimpun untuk menipu, fitnah - PM Anwar

Bernama

28/02/2025


Anwar membidas pihak yang memainkan sentimen memperjuangkan hak orang Melayu dalam isu pembangunan bandar, namun tidak melakukan usaha semasa mentadbir negara sebelum ini. -Gambar fail/Bernama


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak menyalah guna kebebasan menganjurkan perhimpunan dengan menipu dan menyebarkan fitnah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan agar tidak menyalah guna kebebasan menganjurkan perhimpunan dengan menipu dan menyebarkan fitnah, serta menekankan pentingnya memberikan notis awal kepada pihak polis.

Anwar membidas pihak yang memainkan sentimen memperjuangkan hak orang Melayu dalam isu pembangunan bandar, namun tidak melakukan usaha semasa mentadbir negara sebelum ini.

Anwar menegaskan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (PSB) akan terus diperjuangkan kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu di bandar, walaupun terdapat bantahan dari Pemuda PAS.

Beliau berkata kerajaan pada masa sekarang memberi kebebasan untuk mengadakan perhimpunan aman dengan syarat minimum, namun penganjur perlu membantu pihak polis mengawal keselamatan dengan memberikan notis awal.

"...yang keduanya isu biar munasabah. Ini isu pembangunan bandar, pemulihan bandar, kita nak tolong penghuni-penghuni miskin, majoriti Melayu.

"Jadi kawasan itu kita nak bangunkan semula. Ini nak dibantah sebab apa?" katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Singgah MADANI di rangkaian restoran nasi kandar Putrajaya, di sini hari ini.

Anwar turut membidas pihak yang memainkan sentimen seolah-olah memperjuangkan hak orang Melayu dalam isu pembangunan bandar, namun tiada usaha dilaksanakan ketika mentadbir negara sebelum ini.

"Sejak bila kamu perjuangkan (hak Melayu), bila kamu perintah dahulu tak ada pun usaha membangunkan kawasan orang miskin, flat-flat lama, termasuk orang Melayu di bandar. (Ini) kita nak usahakan.

"Sebab itu saya nak beri peringatan jangan guna kebebasan ini (perhimpunan) untuk menipu, memfitnah apa lagi atas nama Islam dan Melayu," katanya.

Anwar berkata usaha kerajaan untuk membangunkan masyarakat Melayu sering diganggu oleh segelintir pihak yang didorong oleh perasaan dengki.

"Sebenarnya penyakit mereka ini hasad dengki, tak boleh tengok orang senang dan tak boleh tengok projek-projek yang baik. Saya rasa dia tak pernah tengok (flat) di Kampung Kerinchi, Seri Perlis. Itu terlalu daif," katanya.

Anwar berkata pembangunan semula bandar bertujuan memastikan masyarakat miskin tidak tersisih daripada arus pembangunan semasa.

"Ini tanggungjawab kita gunakan undang-undang ini untuk 'push' melaksanakan pembangunan semula," katanya.

Semalam Anwar sekali lagi menegaskan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (PSB) akan terus diperjuangkan kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu di bandar.

Sebelum ini Pemuda PAS dilaporkan merancang untuk mengadakan perhimpunan bagi membantah cadangan kerajaan memperkenalkan RUU PSB yang didakwa boleh mengancam hak pemilik hartanah, terutamanya penduduk bandar yang kurang berkemampuan.

-- BERNAMA

Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka esok



Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka esok

Bernama

28/02/2025


Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2024 dan Tahun Taksiran 2024 melalui e-Filing mulai esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


PUTRAJAYA: Pembayar cukai individu dan selain individu boleh mengemukakan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2024 dan Tahun Taksiran 2024 melalui e-Filing mulai esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN dalam kenyataan hari ini menyarankan pembayar cukai untuk menggunakan perkhidmatan e-Filing menerusi portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my atau melalui portal rasmi LHDN https://www.hasil.gov.my > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.

Ejen cukai pula hendaklah menggunakan platform Tax Agent e-filing System (TAeF) yang boleh diakses melalui portal MyTax untuk tujuan tersebut.

"Pembayar cukai hendaklah memastikan mereka telah mempunyai peranan di MyTax yang berkaitan bagi membolehkan pengemukaan BN melalui e-Filing.

"Pembayar cukai dinasihatkan membuat persediaan awal dengan mengumpulkan dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan untuk memfailkan BN Tahun Taksiran 2024," menurut kenyataan itu.

Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan, LHDN menyarankan tindakan set semula kata laluan dengan log masuk ke portal MyTax > Pilih Jenis Pengenalan > No. Pengenalan > Hantar > Lupa Kata Laluan dan pilih medium set semula sebelum pautan untuk membina kata laluan baharu dihantar ke e-mel berdaftar pembayar cukai.

Maklumat lanjut berkenaan Program Menfail BN Bagi Tahun 2025 bagi versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris boleh dirujuk di portal rasmi LHDN atau pautan https://www.hasil.gov.my/media/agdmne4n/program-memfail-bn-bagitahun-2025.pdf dan https://www.hasil.gov.my/media/tvojk1ho/rf-filing-programme-for-2025.pdf.

-- BERNAMA

Eda Ezrin 'Bae Soba Bae' yakin akan dibebaskan










13 pelajar lelaki kolej vokasional diperintah bela diri









Malaysia catat jumlah perdagangan RM241.9 bilion pada Januari 2025 - DOSM



Malaysia catat jumlah perdagangan RM241.9 bilion pada Januari 2025 - DOSM

Bernama

28/02/2025


Mohd Uzir berkata eksport Januari melonjak kepada RM380.3 juta (0.3 peratus) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. - Gambar hiasan/Bernama


KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan Malaysia bernilai RM241.9 bilion pada Januari 2025, dengan eksport RM122.8 bilion dan import RM119.2 bilion, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata eksport Januari melonjak kepada RM380.3 juta (+0.3 peratus) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

"Peningkatan dipengaruhi oleh eksport lebih tinggi di Pulau Pinang (RM8.3 bilion), Melaka (RM1.4 bilion), Perak (RM76.4 juta) dan Sabah (RM11.0 juta).

"Bagaimanapun, eksport menyusut di Johor sebanyak RM4.1 bilion, Sarawak (RM1.5 bilion), Kuala Lumpur (RM1.0 bilion), Selangor (RM844.6 juta), Pahang (RM684.0 juta), Terengganu (RM459.6 juta), Negeri Sembilan (RM358.6 juta), Kedah (RM225.4 juta), Labuan (RM123.2 juta), Kelantan (RM32.4 juta) dan Perlis (RM10.9 juta)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama, menyumbang 34.9 peratus kepada jumlah keseluruhan eksport, diikuti Johor (19.0 peratus), Selangor (17.3 peratus), Sarawak (7.5 peratus) dan Kedah (4.2 per cent).

Katanya, jumlah import Januari 2025 meningkat RM6.9 bilion (6.2 peratus) berbanding tahun lepas berikutan import lebih tinggi di kebanyakan negeri termasuk Pulau Pinang (RM7.3 bilion), Johor (RM2.5 bilion), Perak (RM346.2 juta), Kuala Lumpur (RM285.2 juta), Labuan (RM139.0 juta), Kelantan (RM92.9 juta) dan Perlis (RM29.0 juta).

Namun, jumlah import menyusut di Melaka (RM2.2 bilion), Pahang (RM633.7 juta), Terengganu (RM479.8 juta), Negeri Sembilan (RM377.9 juta), Kedah (RM157.8 juta), Sabah (RM101.4 juta), Sarawak (RM86.9 juta), dan Selangor (RM73.8 juta).

Selangor kekal sebanyak pengimport terbesar di Malaysia dengan 24.8 peratus daripada jumlah import, diikuti Johor (24.3 peratus), Penang (24.1 peratus), Kuala Lumpur (8.5 peratus) dan Kedah (5.2 peratus).

-- BERNAMA

Bitcoin kali pertama jatuh bawah AS$80,000 sejak Nov 2024



Bitcoin kali pertama jatuh bawah AS$80,000 sejak Nov 2024

Bernama

28/02/2025 


Pada masa ini, harga bitcoin adalah sekitar US$79,224.39. -Gambar fail


Bitcoin kali pertama jatuh bawah AS$80,000 sejak Nov 2024

Pada masa ini, harga bitcoin adalah sekitar US$79,224.39. -Gambar fail

MOSCOW: Harga bitcoin menurun sebanyak 5.5 peratus pada Jumaat, jatuh di bawah US$80,000 buat kali pertama sejak November 2024, menurut data perdagangan.

Harga bitcoin menurun sebanyak 5.5 peratus pada Jumaat, jatuh di bawah US$80,000 buat kali pertama sejak November 2024, dengan harga di Binance merosot kepada US$79,823 dan di Bitmex kepada US$79,350 sebelum meningkat sedikit melebihi US$80,000.

Harga bitcoin mula meningkat selepas kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada awal November 2024, melonjak 62 peratus kepada paras tertinggi sepanjang masa melebihi US$109,000 pada akhir Januari 2025 daripada sekitar US$67,000.

Pada masa ini, harga bitcoin adalah sekitar US$79,224.39.

Di satu daripada bursa mata wang kripto terbesar mengikut jumlah dagangan, Binance, harga bitcoin merosot kepada US$79,823, di bawah paras US$80,000 buat julung kali sejak 10 November 2024, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Di Bursa Kripto Bitmex, harga bitcoin merudum kepada US$79,350 sebelum meningkat sedikit melebihi US$80,000.

Harga bitcoin mula meningkat selepas kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada awal November 2024, melonjak 62 peratus kepada paras tertinggi sepanjang masa melebihi US$109,000 pada akhir Januari 2025 daripada sekitar US$67,000.

Khairul Aming labur lebih RM100,000 untuk strim langsung, hasil kandungan berkualiti



Khairul Aming labur lebih RM100,000 untuk strim langsung, hasil kandungan berkualiti

Bernama

28/02/2025


Khairul Aming sentiasa berusaha memperbaiki kualiti video dan cara persembahan resepinya, kini menggunakan teknologi suntingan lebih baik, video berdefinisi tinggi, dan teknik penggambaran kreatif. -Gambar fail/X @khairulaming


KUALA LUMPUR: Tiap kali menjelang Ramadan, akaun TikTok milik pempengaruh popular dan usahawan tempatan Khairul Aming sering menjadi intaian dan 'buku resepi digital' dek kerana siri video segmen 30 Hari 30 Resepi yang dimulakannya sejak lapan tahun lepas.

Tiap kali menjelang Ramadan, akaun TikTok milik pempengaruh popular Khairul Aming menjadi tumpuan kerana siri video segmen 30 Hari 30 Resepi yang dimulakannya sejak lapan tahun lepas.

Khairul Aming sentiasa berusaha memperbaiki kualiti video dan cara persembahan resepinya, kini menggunakan teknologi suntingan lebih baik, video berdefinisi tinggi, dan teknik penggambaran kreatif. Beliau membelanjakan lebih RM100,000 untuk live stream dan rakaman video.

Tahun ini, beliau akan menumpukan gabungan makanan Malaysia, Asia dan barat dalam segmen "30 Hari 60 Resepi" dan merancang untuk membuat strim langsung di bazar-bazar Ramadan untuk mempromosi peniaga tempatan. Rahsia kejayaannya adalah kualiti masakan dan sukatan tepat dalam setiap resepi.

Resepi ringkas dan mudah seperti minuman, kuih-muih, makanan tradisi dan pencuci mulut yang selalu disiarkannya pada tengah hari Ramadan itu sering melintasi 'for your page' di TikTok, dengan jutaan tontonan dan ratusan ribu like - rujukan pengikutnya tidak kira usia untuk menyediakan menu sama.

Bermula daripada memasak atas lantai, dengan video memasak agak suram kerana kurang pencahayaan, cef selebriti yang terkenal dengan tagline 'hey what's up guys' pada setiap awal videonya itu sentiasa berusaha memperbaiki kualiti video dan cara persembahan resepinya agar lebih menarik.

Kini, video-video masakan mahu pun kandungan bagi tujuan perniagaan dihasilkannya menggunakan kaedah penyampaian menarik, penggunaan teknologi suntingan lebih baik, video berdefinisi tinggi, selain teknik penggambaran yang kreatif.

Terbaharu, beliau berkata lebih RM100,000 dibelanjakan bagi tujuan live stream dan rakaman video, termasuk bagi segmen 30 Hari 30 Resepi yang turut meliputi kos bagi kamera digital refleks lensa (DSLR), tripod, lampu untuk pencahayaan studio, tirai latar dan skrin hijau.

Ditemui Bernama pada Majlis Rumah Terbuka Shopee baru-baru ini, pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman itu berkata beliau akan menumpukan gabungan makanan Malaysia, Asia dan barat dalam segmen yang popular sepanjang Ramadan itu.

"Saya belanjakan belasan ribu ringgit juga untuk membeli barangan masakan," katanya.

Tahun ini, beliau yang kini memiliki 5.5 juta pengikut TikTok berkata rakaman bagi segmen berkenaan dibuat lebih awal, dengan lebih 30 resepi sepanjang 30 hari Ramadan, dan dinamakan sebagai "30 Hari 60 Resepi".

"... saya nak lebihkan strim langsung. So, satu daripada plan kita nak buat strim langsung nak jelajah ke bazar-bazar Ramadan.

"Kita nak tunjuk kepada orang, bazar mana lagi bagus dengan harapan saya boleh gunakan platform Khairul Aming untuk promosi peniaga tempatan," katanya.

Ditanya rahsia beliau bertahan meneruskan segmen 30 hari 30 resepi itu, Khairul Aming berkata kualiti masakan dan sukatan tepat antara perkara sering dititkberatkan dalam menyediakan sebarang resepi, selain sokongan pengikutnya yang sentiasa mendambakan resepi baharu yang mudah.

"Kita kena jaga kualiti masakan itu, sebab itu bila saya buat resepi, saya buat sampai rasa sedap, sukatan dia tepat.

"Kalau saya buat resepi yang nampak cantik tapi rasa mengarut, orang cuba sekali, kali kedua orang tak cuba dah.

"Jadi, itulah rahsia Khairul Aming pegang sampai tahun kelapan untuk segmen ini yang penting kita kena letak banyak usaha untuk pastikan resepi itu sedap, dan orang tengok orang boleh buat walaupun dia bukanlah seorang cef," katanya.

-- BERNAMA

Untung bersih Bank Islam naik 3.3 peratus kepada RM571.1 juta bagi tahun kewangan 2024



Untung bersih Bank Islam naik 3.3 peratus kepada RM571.1 juta bagi tahun kewangan 2024

Bernama

28/02/2025


Keuntungan bersih Bank Islam Malaysia Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 meningkat 3.3 peratus kepada RM571.1 juta. -Gambar fail


KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Bank Islam Malaysia Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 melonjak 3.3 peratus kepada RM571.1 juta berbanding RM553.05 juta pada tahun kewangan 2023.

Keuntungan bersih Bank Islam Malaysia Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 meningkat 3.3 peratus kepada RM571.1 juta, dipacu oleh pendapatan bersih yang lebih tinggi dan elaun bersih lebih rendah bagi penyusutan dalam pembiayaan.

Jumlah aset meningkat 6.4 peratus kepada RM96.8 bilion, dengan pembiayaan kasar meningkat 3.8 peratus kepada RM70.2 bilion dan deposit pelanggan serta akaun pelaburan meningkat 6.4 peratus kepada RM80.9 bilion.

Bank Islam kekal komited untuk menyepadukan kemampanan ke dalam operasinya, dengan tumpuan kepada ekonomi rendah karbon, keterangkuman kewangan, dan amalan tadbir urus yang kukuh, serta menjangka menggerakkan RM28 bilion dalam kewangan mampan menjelang akhir 2025.

Peningkatan ini dipacu oleh pendapatan bersih yang lebih tinggi dan elaun bersih lebih rendah bagi penyusutan dalam pembiayaan, walaupun diimbangi jumlah overhed yang lebih tinggi.

Hasil meningkat sebanyak 3.8 peratus kepada RM4.70 bilion daripada RM4.53 bilion sebelum itu.

"Prestasi yang lebih baik itu mendorong pendapatan sesaham kumpulan sebanyak 25.20 sen dan pulangan bersih ke atas ekuiti (ROE) sebanyak 7.6 peratus," kata bank itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Bank Islam mengaitkan peningkatan dalam pendapatan bersih kumpulan itu kepada kenaikan 5.1 peratus dalam pendapatan berasaskan dana bersih, yang meningkat kepada RM2.2 bilion, dipacu oleh sekuriti pelaburan dan pertumbuhan pembiayaan.

Bagaimanapun, bank itu berkata ini sebahagiannya diimbangi penurunan 2.2 peratus dalam pendapatan bukan berasaskan dana, yang merosot kepada RM397.7 juta disebabkan oleh keuntungan bersih yang lebih rendah daripada urus niaga pertukaran asing, walaupun dikurangkan oleh pendapatan yuran dan komisen yang lebih tinggi.

Kumpulan itu berkata jumlah asetnya meningkat sebanyak 6.4 peratus kepada RM96.8 bilion pada 31 Dis 2024, disokong oleh pertumbuhan dalam sekuriti pelaburan dan pembiayaan dengan aset bersih sesaham sebanyak RM3.38.

Selain itu, bank itu berkata pembiayaan kasarnya meningkat sebanyak 3.8 peratus kepada RM70.2 bilion, manakala deposit pelanggan dan akaun pelaburan meningkat sebanyak RM4.8 bilion atau 6.4 peratus kepada RM80.9 bilion.

Setakat 31 Dis 2024, akaun semasa dan simpanan serta akaun pelaburan urus niaga (CASATIA) berjumlah RM32.1 bilion, diterjemahkan kepada paras sihat sebanyak 39.7 peratus daripada jumlah deposit pelanggan dan akaun pelaburan.

Sementara itu, bagi suku keempat 2024, keuntungan bersih Bank Islam meningkat 9.1 peratus kepada RM172.64 juta daripada RM158.28 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya, manakala hasil meningkat 6.3 peratus kepada RM1.24 bilion berbanding RM1.17 bilion sebelumnya.

"Segmen perbankan runcit kumpulan mencatatkan pendapatan bersih berjumlah RM453.9 juta pada suku keempat tahun kewangan 2024, meningkat 22.7 peratus berbanding suku keempat tahun kewangan 2023, didorong oleh pendapatan bersih berasaskan dana dan bukan berasaskan dana yang lebih tinggi.

"Bagi segmen perbankan institusi kumpulan, pendapatan bersih meningkat 16.5 peratus kepada RM240.3 juta pada suku keempat tahun kewangan 2024, turut disokong oleh pendapatan berasaskan dana dan bukan berasaskan dana bersih yang lebih tinggi," katanya.

Lembaga pengarah mengisytiharkan dividen interim satu peringkat kedua sebanyak 4.12 sen sesaham, menjadikan jumlah dividen tahunan kepada 15.12 sen sesaham.

Bagi perancangan masa hadapan, Bank Islam kekal komited untuk menyepadukan kemampanan ke dalam operasinya dan memacu perubahan yang bermakna dan pertumbuhan jangka panjang.

"Tumpuan diberi termasuk kepada menyokong peralihan yang bertanggungjawab kepada ekonomi rendah karbon, menggalakkan keterangkuman kewangan dalam komuniti dan mengukuhkan amalan tadbir urus, sejajar dengan lima komitmen kemampanan kami.

"Bank Islam menjangka menggerakkan RM28 bilion dalam kewangan mampan menjelang akhir 2025, memacu pertumbuhan dalam aset patuh Syariah dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan sosial," katanya.

-- BERNAMA

Keuntungan bersih CIMB Group melonjak kepada RM7.73 bilion



Keuntungan bersih CIMB Group melonjak kepada RM7.73 bilion

Bernama

28/02/2025


Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd melonjak kepada RM7.73 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 berbanding RM6.98 bilion pada tahun kewangan 2023. -Gambar fail/Dagang News


KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd melonjak kepada RM7.73 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 berbanding RM6.98 bilion yang dicatatkan semasa tahun kewangan 2023

Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd melonjak kepada RM7.73 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 berbanding RM6.98 bilion pada tahun kewangan 2023, dengan perolehan meningkat kepada RM22.3 bilion daripada RM21.01 bilion.

Perniagaan CIMB Group di Malaysia dan Singapura menunjukkan prestasi cemerlang, manakala prestasi di Thailand terus stabil dan perniagaan di Indonesia kekal berdaya tahan walaupun wujud persaingan sengit.

CIMB Group mencadangkan dividen interim kedua sebanyak 20 sen sesaham, menjadikan jumlah dividen tahunan yang dicadangkan kepada 47 sen sesaham, dengan jumlah pembayaran dividen sebanyak RM5.04 bilion.

Perolehan untuk tahun di bawah kajian turut meningkat kepada RM22.3 bilion daripada RM21.01 bilion sebelum ini.

"Prestasi tahun kewangan 2024 yang mantap ini juga disokong oleh disiplin kos yang terkawal dan peningkatan kualiti aset, yang dipacu oleh strategi kepelbagaian portfolio kumpulan, yang berkhidmat dalam pelbagai segmen pelanggan.

"Perniagaan CIMB Group di Malaysia dan Singapura menunjukkan prestasi cemerlang, selaras dengan pertumbuhan yang dilihat dalam kedua -dua ekonomi, manakala prestasi di Thailand terus stabil," kata kumpulan perbankan itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pada masa yang sama, perniagaannya di Indonesia kekal berdaya tahan walaupun wujud persaingan sengit di pasaran tempatan.

Menjelang suku keempat berakhir 31 Disember 2024, keuntungan bersih CIMB Group naik kepada RM1.8 bilion berbanding RM1.72 bilion yang dicatatkan pada suku keempat 2023, manakala pendapatan adalah lebih rendah pada RM5.33 bilion daripada RM5.38 bilion sebelum ini.

Kumpulan tersebut turut mencadangkan dividen interim kedua sebanyak 20 sen sesaham, menjadikan jumlah dividen tahunan yang dicadangkan kepada 47 sen sesaham.

Ini membawa kepada jumlah pembayaran dividen sebanyak RM5.04 bilion.

Pada asas mata wang yang berterusan, jumlah pinjaman kasar CIMB Group menokok secara sihat sebanyak 4.8 peratus dari tahun ke tahun.

Selaras dengan strategi yang diterajui oleh depositnya, jumlah deposit bertambah 5.2 peratus dari tahun ke tahun, manakala jumlah akaun simpanan akaun semasa (CASA) yang diperluaskan adalah sebanyak 7.7 peratus dari tahun ke tahun, memacu nisbah CASA kepada 43.1 peratus pada Disember 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Novan Amirudin ketika mengulas mengenai prospek menjelaskan kumpulan itu berhati-hati dalam unjurannya serta tetap berwaspada ketika menavigasi ketidakpastian luaran dan geopolitik semasa.

"Walaupun cabaran masih berterusan, kami menjangkakan daya tahan di seluruh pasaran ASEAN yang mana kami beroperasi selain menjangkakan prestasi kewangan teras bank akan kekal dengan trajektori positif, selaras dengan keutamaan keuntungan tanpa menjejaskan pelaburan dan daya tahan," katanya.

-- BERNAMA

Undang-undang pengamal perubatan tradisional tidak berdaftar berkuat kuasa esok



Undang-undang pengamal perubatan tradisional tidak berdaftar berkuat kuasa esok

Bernama

28/02/2025


Tujuh bidang amalan diiktiraf KKM ketika ini meliputi perubatan tradisional Melayu, perubatan tradisional Cina, perubatan tradisional India, homeopati, kiropraktik (foto), osteopati dan amalan pengubatan Islam. -Gambar hiasan/Pexel


KUALA LUMPUR: Bermula esok, pengamal perubatan tradisional yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk denda dan penjara di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775).

Bermula esok, pengamal perubatan tradisional yang tidak berdaftar dengan KKM boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk denda dan penjara di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775).

Individu yang mengamal perubatan tradisional tanpa perakuan pengamalan sah boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga bulan, atau kedua-duanya. Kesalahan seterusnya boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

Setakat 25 Feb lepas, KKM menerima 18,802 permohonan pendaftaran daripada pengamal perubatan tradisional dan komplementari di seluruh negara, dengan 14,312 pengamal tempatan telah berdaftar.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari KKM Dr Tajul Iqmal Tajul Arus berkata ini berikutan fasa dua penguatkuasaan akta itu yang bermula 1 Mac 2021 untuk pengamal perubatan tradisional berdaftar dengan KKM, tamat hari ini.

Beliau berkata di bawah akta itu, individu yang mengamal perubatan tradisional dan komplementari tanpa perakuan pengamalan sah, atau tidak mempamerkan perakuan sah mereka boleh dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak lebih tiga bulan atau kedua-duanya.

"Sebelum ini, semasa tempoh peralihan pada 1 Mac 2021 hingga 28 Feb 2025, kita lebih menekankan kepada pendekatan pendidikan penguatkuasaan akta ini.

"Bermula 1 Mac 2025, kita akan mulakan tindakan perundangan ke atas pengamal perubatan tradisional dan komplementari dalam bidang amalan diiktiraf yang didapati melanggar dan melakukan kesalahan di bawah akta ini," katanya dalam sesi taklimat media berhubung penguatkuasaan akta itu di sini hari ini.

Dr Tajul Iqmal berkata di bawah akta itu seseorang yang bukan pengamal berdaftar tidak boleh mengamalkan perkhidmatan perubatan tradisional dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama jika melanggar undang-undang berkenaan.

Bagi kesalahan seterusnya pula, mereka boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, dengan hukuman sama juga dikenakan kepada individu yang membuat pernyataan palsu atau mengelirukan berkenaan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari.

Beliau berkata setakat 25 Feb lepas, pihaknya menerima 18,802 permohonan pendaftaran daripada pengamal perubatan tradisional dan komplementari di seluruh negara, merangkumi tujuh bidang amalan yang diiktiraf.

Tujuh bidang amalan diiktiraf KKM ketika ini meliputi perubatan tradisional Melayu, perubatan tradisional Cina, perubatan tradisional India, homeopati, kiropraktik, osteopati dan amalan pengubatan Islam.

Setakat 17 Jan lepas, beliau berkata sebanyak 14,312 pengamal perubatan tradisional dan komplementari tempatan telah berdaftar dengan KKM manakala 158 melibatkan pengamal asing dengan pendaftaran tertinggi membabitkan pengamal perubatan tradisional Melayu seramai 4,541.

Beliau berkata tindakan penguatkuasaan dan perundangan, antara lain akan melibatkan risikan, serbuan, operasi bersepadu dengan agensi penguatkuasaan lain, penyiasatan dan pembukaan kertas penyiasatan serta pendakwaan di mahkamah.

-- BERNAMA

Penjawat awam Selangor pulang 30 minit awal sepanjang Ramadan



Penjawat awam Selangor pulang 30 minit awal sepanjang Ramadan

Bernama

28/02/2025


Pelaksanaan WBF tersebut antara lain bertujuan menjaga kebajikan penjawat awam di Selangor agar dapat menjalankan tugas dengan lebih selesa dan seimbang sepanjang tempoh berpuasa. - Gambar hiasan


SHAH ALAM: Penjawat awam Selangor dibenarkan pulang 30 minit lebih awal sepanjang Ramadan iaitu bermula 4 hingga 5.30 petang bergantung kepada tempoh waktu bekerja sembilan jam sehari.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata bagi tujuan itu, kerajaan negeri melaksanakan mekanisme Waktu Bekerja Fleksi (WBF) dengan mengurangkan waktu rehat selama 30 minit bagi membenarkan petugas pulang lebih awal.

Bagaimanapun, beliau berkata waktu operasi kaunter dikekalkan seperti biasa bagi memastikan kelancaran urusan tanpa sebarang perubahan atau gangguan.

"Pelaksanaan WBF ini tidak akan menjejaskan operasi kaunter perkhidmatan di semua jabatan dan agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan jadual pelaksanaan WBF pada Ramadan, waktu masuk bekerja antara 7 hingga 9 pagi.

Waktu rehat bagi Isnin hingga Khamis antara 1 hingga 1.30 tengah hari manakala Jumaat bermula 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang, sementara waktu pulang pula pada 4 hingga 5.30 petang.

Ahmad Fadzli berkata pelaksanaan WBF tersebut antara lain bertujuan menjaga kebajikan penjawat awam di Selangor agar dapat menjalankan tugas dengan lebih selesa dan seimbang sepanjang tempoh berpuasa.

"Kerajaan negeri Selangor sentiasa komited dalam memastikan kesejahteraan penjawat awam terpelihara tanpa menjejaskan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan, selaras dengan usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam demi kepentingan rakyat," katanya.

-- BERNAMA

Bung Moktar, Zizie Izette akan fail semakan terhadap keputusan perintah bela diri



Bung Moktar, Zizie Izette akan fail semakan terhadap keputusan perintah bela diri

Bernama

28/02/2025


Mahkamah Rayuan pada 18 Nov lepas memerintahkan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Pihak pembelaan yang mewakili Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad akan memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan pasangan itu membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Pihak pembelaan yang mewakili Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad akan memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Selepas permohonan semakan difailkan, pihak pembelaan akan memohon penangguhan perbicaraan di Mahkamah Sesyen sehingga pendengaran semakan diputuskan.

Bung Moktar didakwa menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual, serta memperoleh suapan RM337,500 melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund yang didaftarkan atas nama Zizie Izette.

Peguam M. Athimulan yang mewakili Bung Moktar memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad bahawa pihaknya akan memfailkan semakan berkenaan dalam tempoh terdekat.

"Kedua-dua anak guam kami mengarahkan supaya satu permohonan semakan difailkan di Mahkamah Rayuan," kata Athimulan yang mengendalikan kes bersama peguam Dev Kumaraendran yang mewakili Zizie Izette,

Menurut Athimulan selepas permohonan semakan itu difailkan, pihak pembelaan akan memfailkan permohonan bagi penangguhan perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini sehingga pendengaran semakan diputuskan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry memohon supaya pihak pembelaan mengemukakan permohonan penangguhan perbicaraan secara bertulis selain tarikh-tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan.

Hakim Rosli mengekalkan tarikh-tarikh perbicaraan pada 9 hingga 11 April, 14 dan 15 April serta 5 dan 6 Mei 2025, dan menetapkan 11 Mac untuk sebutan kes.

Mahkamah Rayuan pada 18 Nov lepas memerintahkan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berkenaan, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan pasangan itu yang diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada 7 Sept 2023.

Pada 2 Sept 2022, Rozina memerintahkan Bung Moktar dan Zizie Izette membela diri atas tiga pertuduhan rasuah itu, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka di akhir kes pendakwaan.

Bung Moktar, 65, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad didakwa pada 3 Mei 2019, dengan dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette, 46, di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari hingga 5 petang 12 Jun 2015.

Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.

-- BERNAMA

Kes Zulfarhan: Enam bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati, penjara 18 tahun kekal



Kes Zulfarhan: Enam bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati, penjara 18 tahun kekal

Bernama

28/02/2025


Enam bekas pelajar UPNM yang dihukum gantung kerana membunuh Zulfarhan (gambar) lapan tahun lalu bernasib baik apabila Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini memerintahkan mereka dipenjara 18 tahun. - Gambar fail


PUTRAJAYA: Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan hukuman itu dan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun kerana menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, lapan tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan kesemua lelaki itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan.

Pada 23 Julai tahun lepas, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut UPNM itu kerana membunuh Zulfarhan, selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan bagi menghidupkan semula kesalahan bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dihadapi mereka sebelum ini.

Enam bekas penuntut itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Sebelum ini, Muhammad Akmal, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan manakala Abdoul Hakeem didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 Nov 2021 menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap semua enam lelaki itu selepas mendapati mereka bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Zulfarhan tanpa niat membunuhnya.

Bekas penuntut yang kini berusia 29 tahun itu, didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah bilik di blok penginapan Asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi 22 Mei 2017.

Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

-- BERNAMA



7,100 Mangsa Penipuan Masih Terkandas, 84 Warga Indonesia Dihantar Pulang










RUU PEMBAHARUAN SEMULA BANDAR "NAK MELAYU MEREMPAT MACAM DULU?""









"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang



"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang

Astro Awani

28/02/2025


Al-Sultan Abdullah menyeru kepada semua pihak supaya berpegang teguh kepada nilai kejujuran, amanah, saling menghormati dan bersikap terbuka dalam menyelesaikan sesuatu perkara. - Gambar Facebook Kesultanan Pahang


KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Sultan Abdullah menegaskan, Titah Adendum berkenaan telah berada di bawah proses undang-undang dan semua pihak perlu menghormatinya.

"Dalam soal Titah Adendum, bahawasanya perkara ini adalah berada dalam bidang kuasa pihak yang bertanggungjawab dan berintegriti.

"Oleh itu, semua pihak perlu menghormati proses serta undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak menimbulkan sebarang kekeliruan dan retorik.

"Saya menyeru kepada semua supaya berpegang teguh kepada nilai kejujuran, amanah, saling menghormati dan bersikap terbuka dalam menyelesaikan sesuatu perkara," titah baginda dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook Kesultanan Pahang, pada Jumaat.

Januari lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Najib juga dikatakan akan memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh kerana didakwa 'menyorokkan' Titah Adendum.

Titah Adendum berkenaan dikatakan diperkenan Al-Sultan Abdullah yang juga Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan bekas Perdana Menteri menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Kini, perbicaraan kes itu sedang berjalan di Mahkamah Tinggi.



Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS



Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Bernama

28/02/2025


Di sebalik asas ekonomi Malaysia yang kukuh, Mohd Afzanizam menegaskan, kekurangan pemangkin tempatan telah mempengaruhi permintaan terhadap ringgit. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati dan kekurangan pemangkin tempatan.

Pada 8 pagi, ringgit berada pada paras 4.4530 berbanding dolar AS daripada 4.4410/4480 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peniaga dan pelabur berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) AS malam ini, ukuran inflasi pilihan Rizab Persekutuan (Fed) AS.

"Sehubungan itu, ringgit boleh kekal rendah hari ini dengan dolar AS-ringgit berkemungkinan berlegar di sekitar paras rintangan segera pada RM4.45," katanya kepada Bernama.

Di sebalik asas ekonomi Malaysia yang kukuh, beliau menegaskan bahawa kekurangan pemangkin tempatan telah mempengaruhi permintaan terhadap ringgit.

"Aliran dana asing dalam ekuiti kekal negatif bulan ini. Dari 3 hingga 26 Februari, aliran keluar bersih berjumlah RM1.5 bilion manakala pada Januari terdapat RM3 bilion dalam jualan bersih.

"Sejak lima bulan lepas secara berturut-turut, pelabur asing telah menjadi penjual bersih dalam pasaran ekuiti kami walaupun prestasi pasaran bon meningkat sedikit. Ini adalah risiko sistemik dan bukannya gambaran asas kerana ekonomi kita kekal kukuh," katanya.

Memetik laporan mengenai aliran keluar asing dalam pasaran serantau, beliau berkata pada Februari, India mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak US$2.72 juta, Indonesia (US$452.1 juta), Korea Selatan (US$605.6 juta) dan Taiwan (US$110.4 juta).

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6090/6317 daripada 5.6303/6392 dan melonjak berbanding euro kepada 4.6284/6472 daripada 4.6559/6633, bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9657/9779 daripada 2.9634/9683.

Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3015/3153 daripada 3.3122/3177 dan menokok berbanding baht Thailand kepada 13.0636/1241 daripada 13.0964/1240, namun ia susut berbanding peso Filipina kepada 7.69/7.73 daripada 7.67/7.69 ketika ditutup semalam dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 270.5/271.8 daripada 269.8/270.4.

-- BERNAMA

Polis tahan lelaki warga Bangladesh khianat, pukul anjing



Polis tahan lelaki warga Bangladesh khianat, pukul anjing

Bernama

28/02/2025

Laporan polis berhubung insiden khianat anjing itu diterima daripada seorang lelaki dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Isnin lepas di sebuah kawasan rumah kedai di Senai, Johor. - Gambar hiasan


JOHOR BAHRU: Polis menahan lelaki warga Bangladesh kerana dipercayai terlibat dalam kejadian khianat terhadap seekor anjing seperti tular dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata pihaknya telah mengesan satu video tular di media sosial yang dimuat naik oleh pemilik akaun Instagram UPDATEINFO11 memaparkan kejadian khianat terhadap seekor anjing yang turut mendapat perhatian meluas di media sosial.

"Satu laporan berhubung insiden itu diterima daripada seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada Isnin lepas, kira-kira 1.09 tengah hari di sebuah kawasan rumah kedai di Senai, Johor.

"Sehubungan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai telah menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 45 tahun bagi membantu siasatan. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai hari ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

"Pemeriksaan mendapati anjing tersebut kini berada dalam keadaan stabil dan dijaga dengan rapi oleh lelaki tempatan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Menurut beliau, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015, yang boleh membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun serta denda RM20,000 hingga RM100,000.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan penganiayaan terhadap haiwan dan meningkatkan kesedaran mengenai perlindungan haiwan.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 14 saat memaparkan seorang lelaki mengejar seekor anjing di luar sebuah premis serta bertindak memukul dan mengetuk anjing itu menggunakan senjata keras yang tidak dapat dipastikan.

-- BERNAMA



Pelajar tingkatan enam maut kereta jatuh gaung



Pelajar tingkatan enam maut kereta jatuh gaung

Bernama

28/02/2025


Seorang pelajar perempuan tingkatan enam maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terjatuh dalam gaung di Kilometer 32 Jalan Lok Heng - Mawai, Kota Tinggi, pada Khamis. - Gambar Facebook Balai Bomba & Penyelamat Kota Tinggi


KOTA TINGGI: Seorang pelajar perempuan tingkatan enam maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terjatuh dalam gaung di Kilometer 32 Jalan Lok Heng - Mawai, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Yusof Othman berkata, mangsa berusia 19 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) akibat cedera parah pada bahagian kepala.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira 6.50 petang.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Saga berwarnah merah yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh dalam gaung berhampiran.

"Susulan itu, mayat mangsa telah dirujuk ke unit forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan I KUP Mohd Rafi Mohd Nor dalam kenyataan berasingan berkata, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah menggunakan peralatan khas untuk membawa mangsa naik ke kawasan selamat.

"Operasi menyelamat mangsa yang terjatuh dalam gaung sedalam 25 kaki itu melibatkan sebuah jentera Fire Rescue Tender dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi.

"Mayat mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.48 malam," katanya. - BERNAMA



JKNPP beri kerjasama kepada polis kes doktor ditahan berkelakuan tidak senonoh



JKNPP beri kerjasama kepada polis kes doktor ditahan berkelakuan tidak senonoh

Bernama

27/02/2025


Kes itu di bawah siasatan PDRM dan pihak JKNPP akan memberi sepenuh kerjasama dalam siasatan selanjutnya.


GEORGE TOWN: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) akan memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam kes seorang pegawai perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan bagi membantu siasatan, kerana didakwa berkelakuan tidak senonoh di tempat kerja semalam.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Fazilah Shaik Allaudin berkata pihak JKNPP memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai perubatan itu.

"JKNPP ingin merujuk kepada kenyataan yang dimuat naik di laman media Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan tangkapan penjawat awam bersangkut kes kelakuan tidak senonoh di tempat kerja dan penjawat awam yang dinyatakan adalah pegawai perubatan yang sedang berkhidmat di fasiliti JKNPP.

"JKNPP ingin memaklumkan bahawa kes itu di bawah siasatan PDRM dan kami akan memberi sepenuh kerjasama dalam siasatan selanjutnya dan memandang serius serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata jabatan itu memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kes berkenaan sehingga dibuktikan.

Terdahulu, polis mengesahkan menahan pegawai perubatan berusia 43 tahun itu di sebuah hospital di sini kira-kira 9.30 malam tadi, selepas menerima maklumat daripada pihak hospital berhubung kejadian berkelakuan tidak senonoh di tempat kerja.

-- BERNAMA

Polis kesan suspek isu 3R libat fitnah MB Perak, JAIPk



Polis kesan suspek isu 3R libat fitnah MB Perak, JAIPk

Bernama

27/02/2025


Datuk Noor Hisam Nordin berkata pihaknya telah membuka satu kertas siasatan membabitkan komen jelek berbaur fitnah terhadap Saarani manakala satu lagi berkait teks khutbah disediakan JAIPk. - Gambar fail


IPOH: Polis giat mengesan suspek bagi membantu siasatan berkaitan isu 3R (kaum, agama dan raja) yang mengaitkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menerusi laman Facebook.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata pihaknya telah membuka satu kertas siasatan membabitkan komen jelek berbaur fitnah terhadap Saarani manakala satu lagi berkait teks khutbah disediakan JAIPk.

"Setakat hari ini, kita sudah terima dua laporan berhubung isu berkenaan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh semalam.

"Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4 Akta Hasutan 1948," katanya.

Noor Hisam berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis dan Serah Terima Tugas Tiga Ketua Polis Daerah serta Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Perak di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO Perak Nazirul Jamaluddin membuat laporan polis terhadap seorang individu dipercayai aktivis sebuah parti politik kerana didakwa mengeluarkan komen jelek dan fitnah pada hantaran komen di Facebook.

Selain itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim pula membuat laporan polis berhubung dakwaan teks khutbah Jumaat disediakan JAIPk dikuasai sebuah parti politik.

Pada perkembangan lain, Noor Hisam berkata pihaknya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, susulan kekosongan luar jangka selepas penyandangnya meninggal dunia.

"Polis kontinjen Perak siap sedia jika PRK diadakan dan persediaan ini membabitkan jumlah keanggotaan dan aset untuk menjamin aspek keselamatan pada PRK itu selain memastikan proses demokrasi itu berjalan lancar," katanya.

Pada Sabtu, media melaporkan ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyertai perlawanan bola sepak di sebuah stadium di Pulau Pinang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, mengesahkan notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

-- BERNAMA

Warga emas didenda RM6,000 miliki senapang patah buatan sendiri, 108 peluru



Warga emas didenda RM6,000 miliki senapang patah buatan sendiri, 108 peluru

Bernama

27/02/2025


Omar didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memiliki senapang patah buatan sendiri dan 108 butir peluru tanpa lesen, minggu lepas. - Gambar Bernama


KOTA TINGGI: Seorang lelaki warga emas didenda RM6,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan memiliki senapang patah buatan sendiri dan 108 butir peluru tanpa lesen, minggu lepas.

Omar Busari, 65, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan yang turut memerintahkan hukuman penjara 12 bulan jika gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki selaras senapang patah buatan sendiri tanpa lesen atau permit senjata di sebuah rumah di Ladang Pasir Panjang, Kota Tinggi kira-kira 12 tengah hari pada 21 Feb lepas.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa memiliki 108 butir peluru jenis Bucshot (12 Bore) tanpa lesen atau permit senjata sah pada tarikh, masa dan lokasi sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Nor Ayu Hidayah M. Safri manakala tertuduh diwakili peguam Nur Afiqah Hambali daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Nur Afiqah merayu mahkamah menjatuhkan hukuman denda yang ringan kerana anak guamnya merupakan pesalah pertama, tidak bekerja dan ditanggung anak yang bekerja sebagai pengurus restoran selain menghidap penyakit kencing manis serta darah tinggi.

"Kesalahan tertuduh juga tidak melibatkan sebarang kecederaan," katanya.

Nor Ayu Hidayah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada masyarakat.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan seorang warga emas dan merampas selaras senapang patah laras tunggal buatan sendiri dan peluru jenis buckshot serta pelbagai peralatan membuat senjata di sebuah rumah di Ladang Pasir Panjang, Kota Tinggi, Jumaat lepas.

Siasatan awal polis mendapati warga emas itu bukan sahaja mahir membuat senjata api, tetapi juga menjalankan pekerjaan sambilan membaiki peralatan itu.

-- BERNAMA

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025



Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025

Bernama

27/02/2025


Usul dibentangkan Azalina itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan 18 Ahli Parlimen. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023 bagi meneliti segala isu melibatkan ketirisan, ketidakpatuhan kepada peraturan dan syarat serta kelemahan dalam perancangan supaya tidak berulang pada masa depan.

Usul dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan 18 Ahli Parlimen.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika menggulung perbahasan usul itu bagi kementeriannya berkata kaedah penyaluran geran mengurus kepada semua universiti awam adalah berasaskan kepada keperluan emolumen dan siling indikatif anggaran perbelanjaan mengurus tahunan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Zambry berkata beliau juga telah merujuk kenyataan yang mengatakan terdapat universiti awam mengalami kerugian kepada Ketua Audit Negara Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

"Istilah rugi itu saya telah merujuk semula kepada Ketua Audit Negara kerana saya ingin mendapatkan maklumat yang lebih jelas. Apa yang dimaklumkan kepada saya sebenarnya dalam laporan itu tidak menyebut perkataan rugi.

"Saya juga telah membuat kenyataan balas bahawa pada asasnya IPTA (institusi pengajian tinggi awam) bukanlah sebuah agensi perniagaan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang ketika menggulung usul itu bagi kementerian berkenaan berkata baki geran pembangunan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang masih tidak dibelanjakan berjumlah RM2.39 bilion adalah komitmen perbelanjaan bagi projek pembangunan di peringkat pelaksanaan.

Beliau berkata ia termasuk geran pembangunan tertunda berjumlah RM715 juta, geran penganjuran pelajaran tertunda (RM1.59 bilion), geran pembiayaan perniagaan tertunda (RM22.2 juta) dan dana lain sebanyak RM64.1 juta.

Rubiah berkata pembayaran akan dilunaskan berdasarkan prestasi pelaksanaan projek berkenaan.

"Geran penganjuran pelajaran tertunda adalah komitmen MARA bagi program penganjuran pelajaran yang akan dilunaskan berdasarkan tempoh pembelajaran pengajian pelajar berkenaan. Maksudnya kelulusan penajaan tak dibayar terus, ia dibayar berdasarkan semester berdasarkan peringkat yang telah ditetapkan," katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan pula dalam sesi penggulungan itu berkata kerugian yang dicatat oleh dua anak syarikat pelaburan milik Lembaga Tabung Haji (LTH) yang berpangkalan di United Kingdom adalah kerugian tidak realis, kesan penurunan nilai semasa hartanah.

Beliau berkata Tabung Haji masih memegang hartanah tersebut kerana kerugian itu dijangka bersifat sementara dan nilai hartanah di United Kingdom akan berubah mengikut kadar permodalan yang didorong oleh pergerakan kadar faedah dan kadar inflasi.

Terdahulu, Azalina ketika membentangkan usul itu mencadangkan kerajaan negeri mengambil langkah dan mencontohi kerajaan Persekutuan untuk memberi peluang kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membahaskan LKAN di peringkat DUN selari dengan prinsip ketelusan dan akauntabiliti.

"Usaha murni Kerajaan MADANI ini memberi peluang kepada lebih banyak Ahli Parlimen untuk terlibat dalam memastikan dana kerajaan digunakan dengan berhemat demi kepentingan awam.

"Perdana Menteri menegaskan bahawa semua menteri yang bertanggungjawab, selaras dengan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan yang sedang berkuat kuasa, mesti meneliti setiap teguran yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara dalam LKAN 1/2025, terutamanya isu berulang yang belum ditangani dengan tuntas oleh pihak bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata kerajaan telah mengemukakan usul bagi pembentangan LKAN sebanyak empat kali, justeru berpendirian LKAN wajar diteruskan perbahasannya di Dewan Rakyat bagi memastikan isu dibangkitkan mendapat perhatian semua pihak.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung Isnin.

-- BERNAMA

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib



Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib

Bernama

27/02/2025


Najib berdepan 25 pertuduhan termasuk empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan RM2.3 bilion dana 1MDB sebagai rasuah dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar fail/1MDB


PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbicaraan bekas perdana menteri itu membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB, di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Semasa soal balas, Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar bertanyakan saksi pembelaan ke-12 itu mengapa beliau membuat kenyataan sedemikian sedangkan kenyataan saksi beliau yang berjumlah 211 muka surat tidak menyebut apa-apa tentang hubungan beliau dengan Najib.




Kamal Baharin: Tan Sri, adakah anda setuju dengan saya bahawa kenyataan saksi anda tidak menyebut apa-apa mengenai hubungan atau kenalan dengan Datuk Seri Najib?" Che Lodin menjawab, "Ya, saya mengesahkannya."

Kamal Baharin: Bagaimanapun, tiba-tiba dalam kenyataan saksi anda, anda menafikan bahawa anda bukan proksi Datuk Seri Najib. Mengapa anda tiba-tiba menafikannya? Mengapa anda bercakap mengenainya?

Che Lodin: Saya sentiasa menganggap pelantikan seperti ini secara profesional. Untuk mengatakan bahawa saya rapat dengan Najib, mungkin tidak... Saya telah mengenali beliau hampir 40 hingga 50 tahun. Ketika saya berkhidmat di Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Datuk Seri Najib adalah menteri saya pada waktu itu (Menteri Pertahanan). Walau bagaimanapun, kebanyakan interaksi kami adalah secara rasmi.

"Pada pandangan saya, proksi ialah seseorang yang menjaga kepentingan saya, letak saham atas nama saya. Itu yang saya maksudkan dengan proksi. Saya mengenali Najib secara profesional selepas beliau menjadi Menteri Besar Pahang. Saya berkhidmat di bawah beliau selama setahun dalam jawatan itu," katanya sambil merujuk kepada perkhidmatannya sebagai pengurus besar di Perbadanan Pembangunan Bukit Fraser milik kerajaan negeri.

Selepas berkhidmat di Perbadanan Pembangunan Bukit Fraser, Che Lodin menjadi Timbalan Pengurus Besar LTAT pada 1982 dan kemudian Ketua Pegawai Eksekutif LTAT hingga 2018.

Che Lodin juga berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Bhd dari 2010 hingga 2018.

Saksi berkenaan turut menyatakan kedua-dua syarikat terbabit mempunyai kaitan dengan Kementerian Pertahanan, dan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di kedua-dua syarikat itu, Najib adalah menteri yang bertanggungjawab dari 1990 hingga 1995 dan sekali lagi dari 1999 hingga 2008.

Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Najib untuk membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Najib, 71, berdepan 25 pertuduhan termasuk empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan RM2.3 bilion dana 1MDB sebagai rasuah dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung Isnin.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Virginia viewed 'Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding d' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'LELAKI INDIA "PETIK" ORANG MELAYU, PERSENDA AGAMA ' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malay' 4 hrs 51 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama PM, J' 4 hrs 52 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 6 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Felda D'Saji' 6 hrs 3 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Imigresen serbu pusat hiburan, tahan 80 pendatang ' 7 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LELAKI INDIA "PETIK" ORANG MELAYU, PERSENDA AGAMA ' 8 hrs 13 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'KDN to issue special pass to investors from April ' 8 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Penduduk Gempar Penemuan 700 Peluru Hidup | BEST F' 8 hrs 55 mins ago