Translate

30 November 2024

Vietnam lulus projek kereta api berkelajuan tinggi AS$67 bilion



Vietnam lulus projek kereta api berkelajuan tinggi AS$67 bilion

Bernama

30/11/2024


Projek ini akan membolehkan penumpang melakukan perjalanan dari Hanoi ke Ho Chi Minh City, dengan jarak antara kedua-dua bandar itu melebihi 1,500 kilometer. - Gambar hiasan


HANOI: Badan perundangan tertinggi Vietnam pada Sabtu meluluskan projek kereta api berkelajuan tinggi merentasi negara dengan kos dianggarkan berjumlah AS$67 bilion, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Projek ini akan membolehkan penumpang melakukan perjalanan dari Hanoi ke Ho Chi Minh City, dengan jarak antara kedua-dua bandar itu melebihi 1,500 kilometer.

Menurut Kementerian Pengangkutan, perjalanan menerusi kereta api baharu yang mampu mencapai kelajuan sehingga 350 kilometer sejam itu akan mengambil masa kira-kira lima jam.

Ia menjadikan perkhidmatan pengangkutan itu alternatif yang kompetitif berbanding penerbangan domestik, bukan sahaja dari segi masa tetapi juga kos.

Menurut rancangan, projek berkelajuan tinggi utara-selatan ini akan melalui 20 bandar dan wilayah.

Pembinaan dijangka bermula pada 2027 dengan fasa pertama melibatkan laluan sepanjang 400 kilometer antara Ho Chi Minh City dan bandar pesisir Nha Trang yang popular dalam kalangan pelancong.

Kereta api ini dijangka mula beroperasi pada 2035.

Menurut kerajaan, sebahagian besar dana untuk projek ini akan diperoleh daripada pembiayaan negara atau pinjaman domestik.

Vietnam turut merancang untuk memulakan kerja-kerja pembinaan laluan rel berkelajuan tinggi yang menghubungkan Hanoi dengan China menjelang 2030.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 30 mins ago
A visitor from Muar town viewed '3 killed, 1 injured in fiery plane crash in Boca R' 36 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '15 countries have sent trade deal p' 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM awarded Doctor Of Law by Shenandoah University,' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Australian woman gives birth to wrong couple's bab' 1 hr ago
A visitor from Oslo viewed 'GARA - GARA TERTEKAN PEDAL MINYAK TEKSI REMPUH BAN' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'PM awarded Doctor Of Law by Shenandoah University,' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Peats ridge viewed '75 per cent of United Nations missions' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed '15 countries have sent trade deal p' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 16 mins ago