Translate

13 October 2024

SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta



SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta

Bernama

13/10/2024


Susulan rampasan itu, SPRM telah membekukan kira-kira 15 akaun bank milik beberapa individu dan syarikat termasuk yang dipercayai penyiasat digunakan untuk menyalurkan rasuah.


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan 'safe house' oleh seorang ahli politik berpengaruh, malam tadi.

Penemuan Wang Rasuah: SPRM menemui mata wang asing bernilai RM5 juta di sebuah pangsapuri yang dipercayai dijadikan 'safe house' oleh seorang ahli politik berpengaruh.

Serbuan dan Penahanan: Serbuan dilakukan susulan penahanan dua individu, termasuk bekas eksekutif kanan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), yang mendedahkan kewujudan safe house tersebut.

Pembekuan Akaun Bank: SPRM telah membekukan kira-kira 15 akaun bank milik beberapa individu dan syarikat yang dipercayai digunakan untuk menyalurkan rasuah.

Sumber SPRM memaklumkan serbuan pada 10 malam itu dilakukan susulan penahanan dua individu termasuk bekas eksekutif kanan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) pada Khamis lepas.

Beliau berkata seorang daripada suspek yang ditahan itu telah mendedahkan kewujudan 'safe house' itu yang dipercayai dijadikan sebagai tempat menyimpan wang hasil rasuah milik ahli politik berpengaruh terlibat.

"Ekoran itu, penggeledahan telah dilakukan pada sekitar 10 malam tadi di pangsapuri yang disewa oleh seorang ahli perniagaan dan hasilnya pihak SPRM telah menemukan sejumlah mata wang Singapura SGD1,529,000 atau kira-kira RM5 juta.

"Ia dipercayai disimpan untuk kegunaan ahli politik berkenaan menampung aktiviti politiknya. Wang itu difahamkan diberikan oleh seorang individu yang belum dikenal pasti identitinya, disimpan oleh ahli perniagaan berkenaan atas arahan ahli politik tersebut," katanya kepada Bernama

Menurut sumber, wang itu kemudiannya telah disita untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Susulan rampasan itu, SPRM juga telah membekukan kira-kira 15 akaun bank milik beberapa individu dan syarikat termasuk yang dipercayai penyiasat digunakan untuk menyalurkan rasuah.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penemuan wang berkenaan dan penahanan dua individu berkenaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED