Translate

03 October 2024

Seniman legenda Rajinikanth stabil selepas dirawat akibat jantung



Seniman legenda Rajinikanth stabil selepas dirawat akibat jantung

Agensi

03/10/2024



Pada Selasa lalu, Rajinikanth yang berusia 73 tahun dikejarkan ke hospital selepas mengalami masalah sakit perut.

CHENNAI: Pelakon masyhur India, Rajinikanth semakin stabil selepas menjalani prosedur elektif, dengan pakar kardiologi intervensi pada Selasa lalu.

Pada Isnin, seniman legenda berusia 73 tahun itu dilaporkan dikejarkan ke Hospital Apollo di sini, selepas mengalami masalah perut.

Laporan media India menyebut, pihak hospital mendedahkan Rajinikanth mengalami bengkak pada Aorta iaitu ialah saluran darah utama dan terbesar dalam tubuh manusia.

Beliau dirawat menggunakan kaedah transkateter tanpa pembedahan iaitu pemasangan katup jantung buatan.

"Pakar kardiologi intervensi kanan, Dr Sai Satish, telah memasukkan stent ke dalam Aorta, sepenuhnya menutup bengkak tersebut (pembaikan endovaskular)," kata Dr R K Venkataslam, Pengarah Perkhidmatan Perubatan.

Pihak hospital turut mengesahkan prosedur berjalan seperti yang dirancang dan keadaan superstar itu semakin stabil.

Rajinikanth juga dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini.

Disegani oleh kawan dan lawan, pelakon ternama itu ditabal sebagai seniman hebat dalam industry perfileman India untuk selama beberapa dekad.

Sehubungan itu, berita beliau dimasukkan ke hospital mencetus kebimbangan dalam peminat-peminat setianya.

Pemimpin-pemimpin politik termasuk Ketua Menteri Tamil Nadu, MK Stalin tidak ketinggalan menitipkan

mesej buat Rajinikanth.

"Saya doakan rakan saya Rajinikanth cepat sembuh," tulis Stalin dalam hantaran di platform X 

Selain itu, penggiat filem yang juga ahli politik R Sarath Kumar juga berdoa agar pelakon itu kembali sihat sepenuhnya.

Di halaman media sosial pula, peminat-peminat setia seniman itu terus menyatakan keprihatinan dan sokongan mereka dengan ramai yang berkongsi mesej dan doa ikhlas agar pelakon itu cepat sembuh.

Rajinikanth berada di Visakhapatnam baru-baru ini bagi menjalani penggambaran projek terbaharunya, Coolie, arahan Lokesh Kanagaraj.

Pelakon itu kembali ke Chennai minggu lalu untuk menghadiri pelancaran audio sebuah lagi filem, Vettaiyan yang akan ditayangkan pada 10 Oktober ini.

Pada majlis itu, Rajinikanth tampil bertenaga, malah turut serta dalam persembahan tarian bersama penulis lirik Super Subbu dan komposer Anirudh Ravichander. - Agensi


Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED