Translate

29 October 2024

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di KL, Labuan, Terengganu serta enam negeri lain



Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di KL, Labuan, Terengganu serta enam negeri lain

Bernama

29/10/2024


MetMalaysia ramal ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang melanda Kuala Lumpur, Labuan, Terengganu dan enam negeri hingga 7 malam ini. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang melanda Kuala Lumpur, Labuan, Terengganu dan enam negeri hingga 7 malam ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan pada 3.25 petang tadi MetMalaysia memaklumkan kawasan yang dijangka terlibat adalah Kedah merangkumi Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim, serta Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat).

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca sama juga dijangka berlaku di Pahang (Tanah TinggiCameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) dan Johor(Mersing dan Kota Tinggi).

Di Sabah pula melibatkan kawasan pedalaman di Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort manakala Sarawak pula di Miri (Telang Usan serta Marudi) dan Limbang.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kampung pasir gudang baru viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 3 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 6 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 6 hrs 23 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 7 hrs 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 16 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 7 hrs 54 mins ago
A visitor from Pekan viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 8 hrs 8 mins ago
A visitor from Nagercoil viewed 'Menang saman fitnah, Khairy Jamaluddin peroleh gan' 8 hrs 18 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'Trump verbally sparring with reporter on accepting' 8 hrs 25 mins ago