Translate

01 October 2024

Polis buru penunggang motosikal ragut rantai di Setia Alam



Polis buru penunggang motosikal ragut rantai di Setia Alam

Afiezy Azaman

01/10/2024



Perbuatan suspek itu dirakam 'dashcam' milik kenderaan mangsa dan tular di media sosial. - Foto video tular

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu penunggang motosikal yang bertindak meragut lantai leher seorang lelaki di Setia Alam, Shah Alam, pada Sabtu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga jurujual kereta berusia 29 tahun, pada 6.14 petang.

"Suspek dipercayai seorang lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC telah berpura-pura melanggar kereta mangsa jenis Mercedes Benz.

"Namun apabila mangsa keluar untuk melihat kerosakan suspek bertindak menarik rantai leher mangsa dan terus melarikan diri. Suspek hanya berjaya melarikan separuh rantai leher kerana sempat ditarik semula oleh mangsa.

"Jumlah kerugian dianggarkan lebih kurang RM 1500 dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohd Iqbal berkata, perbuatan suspek itu turut dirakam 'dashcam' milik kenderaan mangsa dan tular di media sosial.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Mohd Iqbal menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati supaya tidak mudah terpedaya semasa berada di jalan raya.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Shatish ditalian 010-5643645," katanya.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED