Translate

04 October 2024

PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia



PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia

Bernama

04/10/2024


Shehbaz bercakap pada sidang media bersama Anwar selepas mesyuarat dua hala di Kediaman Rasmi Perdana Menteri di Islamabad, 3 Okt 2024. --fotoBERNAMA

ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif pada Khamis menyatakan kegembiraannya atas perbincangan produktif yang diadakan bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertujuan untuk mengukuhkan hubungan Pakistan-Malaysia dalam bidang-bidang utama.

Bidang-bidang utama berkenaan termasuk perdagangan, teknologi maklumat (IT), tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan, dan pertahanan, lapor Associated Press of Pakistan (APP).

Dalam hantaran media sosialnya di X, Perdana Menteri berkata beliau membincangkan perkembangan serantau dan global, khususnya situasi di Gaza dan Lubnan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia.

Kedua-dua perdana menteri turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman dan perjanjian bersejarah merangkumi pelbagai sektor.

Beliau berkata hubungan dua hala akan diperkukuh untuk manfaat bersama kedua-dua negara, dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk memastikan tindakan susulan yang kukuh terhadap keputusan yang dicapai semasa perbincangan.

Shehbaz mengucapkan terima kasih kepada Anwar kerana mengundang beliau untuk melawat Malaysia,

--BERNAMA-APP

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED