Translate

30 October 2024

PM Anwar ucap takziah kepada keluarga mendiang Manjeet Singh Dhillon



PM Anwar ucap takziah kepada keluarga mendiang Manjeet Singh Dhillon

Bernama

30/10/2024


Anwar mengucapkan takziah kepada keluarga Manjeet Singh Dhillon (foto) dan menyifatkan mendiang sebagai sahabat baik dan peguam hebat. -Facebook


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Presiden Badan Peguam Malaysia Manjeet Singh Dhillon yang meninggal dunia, Isnin lepas.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Manjeet Singh Dhillon dan menyifatkan mendiang sebagai sahabat baik dan peguam hebat.

Manjeet, 82, pernah menjadi Presiden Badan Peguam Malaysia dan Presiden Royal Lake Club, meninggal dunia di rumahnya.

Manjeet terlibat dalam kes-kes berprofil tinggi seperti pembelaan N. Pathmanabhan dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan kes sivil Abdul Razak Baginda berkaitan Altantuya Shaariibuu.

Beliau menyifatkan mendiang sebagai seorang sahabat baik, selain merupakan seorang peguam hebat dan arif dalam bidangnya.

"Sebagai seorang rakan karib, saya terkesan atas pemergiannya. Takziah sekali lagi kepada keluarga mendiang Manjeet," katanya dalam hantaran di Facebooknya.

.
Manjeet, 82, yang berkhidmat sebagai Presiden Badan Peguam Malaysia dari 1991 hingga 1992 dan pernah menjadi Presiden Royal Lake Club meninggal dunia di rumahnya.

Antara kes berprofil tinggi dikendalikan oleh mendiang termasuk pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain iaitu pembelaan N. Pathmanabhan, seorang daripada empat tertuduh.

Peguam jenayah berkenaan juga merupakan peguam bagi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dalam kes sivil yang difailkan keluarga Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh pada 2006.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Kuil Di Silibin Bukan Atas Tanah Wakaf | BEST FBKL' 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Dakwa periksa 'makmal dadah', penjenayah menyamar ' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Papagomo Terus 'Meratib' Kerajaan Zalim! | BEST FB' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kementerian Komunikasi sasar 7,000 usahawan NADIpr' 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dakwa periksa 'makmal dadah', penjenayah menyamar ' 16 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Permohonan SPHM yang sudah diluluskan diproses sec' 19 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Ringgit tinggi berbanding dolar AS susulan keyakin' 19 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Permohonan SPHM yang sudah diluluskan diproses sec' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Empat individu jadi mangsa penipuan dalam talian, ' 26 mins ago