Translate

27 October 2024

Piala Dunia Taolu: Malaysia tambah koleksi emas di Jepun



Piala Dunia Taolu: Malaysia tambah koleksi emas di Jepun

Bernama

27/10/2024


Weng Son, 32, mempamerkan gerakan kemas untuk mengutip 9.773 mata dalam acara jianshu lelaki, menewaskan wakil tuan rumah yang mengumpul 9.766 mata dan Nepal ketiga dengan 9.636 mata. - Bernama


KUALA LUMPUR: Skuad wushu negara menambah pungutan pingat emas menerusi Wong Weng Son pada Piala Dunia Taolu edisi ketiga di Yokohama, Jepun hari ini.

Weng Son, 32, mempamerkan gerakan kemas untuk mengutip 9.773 mata dalam acara jianshu lelaki, menewaskan wakil tuan rumah yang mengumpul 9.766 mata dan Nepal ketiga dengan 9.636 mata.

Malaysia terus menambah koleksi pingat menerusi Tan Cheong Min yang meraih perak dalam acara nanquan wanita selepas meraih 9.770 mata, di belakang wakil Indonesia yang mengutip 9.773 mata untuk pingat emas manakala wakil Hong Kong ketiga dengan 9.760 mata.

Sementara itu, Clement Ting Su Wei menamatkan saingan dalam disiplin gunshu lelaki di tempat keempat dengan 9.776 mata manakala Sydney Chin Sy Xuan keenam dalam disiplin taijijian wanita dengan 9.650 mata.

Setakat ini, kontinjen Malaysia telah mengumpul dua emas, dua perak dan dua gangsa.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki maut ditikam berebut kawasan minta sedekah ' 18 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'JDT mara ke final Piala Malaysia, Johor isytihar I' 29 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Tindakan lanjut sele' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Property tycoon Ong Beng Seng allowed to leave Sin' 42 mins ago
A visitor from George town viewed 'Australian army commander leads Anzac Day celebrat' 42 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Property tycoon Ong Beng Seng allowed to leave Sin' 55 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Sistem harga dua peringkat lebih ba' 58 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Najib dinamakan sebagai suspek dalam siasatan 1MDB' 1 hr 6 mins ago
A visitor from New york viewed 'Tindakan lanjut sele' 1 hr 6 mins ago