Translate

24 October 2024

Penuntut IPTA direman dua hari bantu siasatan kes penipuan



Penuntut IPTA direman dua hari bantu siasatan kes penipuan

Astro Awani

24/10/2024


Suspek ketika tiba di Mahkamah Jitra pada Khamis. - Astro AWANI


ALOR SETAR: Seorang penuntut sebuah universiti awam yang disyaki menipu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan Majistret, Nurul Huda Idris di Mahkamah Jitra, pada Khamis.

Terdahulu suspek yang berusia 23 tahun tiba ke pekarangan mahkamah tersebut dengan dibawa menggunakan kereta polis kira-kira pukul 8.28 pagi.

Dia kemudiannya dibawa keluar dari lokap mahkamah kira-kira 9.10 pagi, sebelum kembali dihantar ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu menggunakan kereta sama.

Sebelum ini pengasas sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal membuat laporan polis Selasa lalu setelah mendakwa pelajar itu memperdayanya dengan bermodalkan cerita sedih, kononnya tidak dapat membayar yuran pengajian sebanyak RM5,000

Atas dasar simpati, Zuraini memuat naik hantaran di Facebook bagi mengajak orang ramai membantu pelajar berkenaan hingga pelajar itu menerima sumbangan sebanyak RM1,176 dalam tempoh sejam yang dimasukkan terus ke dalam akaunnya.

Selain Zuraini, pelajar terbabit didakwa pernah melakukan penipuan bernilai hampir RM200,000 melibatkan beberapa NGO lain serta individu ternama bergelar Tan Sri dan Datuk Seri sebelum ini.

Perkara itu pernah disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina pada April lalu setelah kegiatan itu didedahkan wakil Pertubuhan Kebajikan Seberang Perai, Pulau Pinang, Eng Hiap Boon.

Hiap Boon mengajak lebih ramai mangsa membuat laporan polis bagi memastikan kegiatan itu dapat dihentikan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED