Translate
02 October 2024
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO bermula 1 Jan 2025
Bernama
02/10/2024
Langkah mewajibkan caruman SKSPS terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja, menurut PERKESO.
KUALA LUMPUR: Langkah mewajibkan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) terhadap penjaja dan peniaga berlesen bermula 1 Jan tahun depan bertujuan menyediakan sokongan kewangan sekiranya berlaku bencana kerja, menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
PERKESO dalam kenyataan memaklumkan berdasarkan rekod bagi tempoh 2024 hingga 31 Ogos lepas, sebanyak 53,901 individu dalam sektor penjaja mencarum SKSPS dengan 189 kes tuntutan diterima dan diproses melibatkan pembayaran faedah keseluruhan sektor terbabit berjumlah RM681,174.90.
Menurut PERKESO, langkah mandatori itu dilaksanakan menerusi Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Kadar Caruman Bagi Penjaja Atau Peniaga) 2024 yang diwartakan pada 30 Ogos 2024 melalui P.U. (A) 229 dan berkuat kuasa pada 1 Sept 2024.
"SKSPS yang dikuatkuasakan sejak Jun 2017 berupaya menjadi jaminan kewangan dan kelangsungan kehidupan dengan menyediakan perlindungan keselamatan sosial dalam jangka panjang.
"Semua penjaja dan peniaga termasuk kios yang menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri dikehendaki mencarum SKSPS, dengan tempoh peralihan diperuntukkan selama empat bulan," menurut kenyataan itu hari ini.
Kenyataan itu menjelaskan individu yang mempunyai lesen atau kelulusan bagi aktiviti berhubung menjaja atau berniaga sama ada di tepi jalan mahupun pasar yang dikeluarkan pihak berkuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Sabah No. 11 1991) atau Ordinan Kerajaan Tempatan 1996 (Sarawak Bab. 20) diwajibkan membayar caruman SKSPS PERKESO.
Sektor penjaja ialah yang ketiga dijadikan mandatori untuk caruman SKSPS, selepas sektor perkhidmatan pengangkutan penumpang bermula 2017 serta sektor perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan pada 2022.
Dalam pada itu, PERKESO akan terus bekerjasama dengan semua pihak khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara sepanjang tempoh peralihan bagi meningkatkan kesedaran kepada peniaga serta penjaja, memandangkan mereka ialah sebahagian daripada pemacu ekonomi.
Penjaja atau peniaga boleh mendaftar dan mencarum SKSPS menerusi aplikasi "Prihatin" atau hadir ke pejabat PERKESO di seluruh Malaysia, atau layari portal MATRIX PERKESO melalui pautan www.matrix.perkeso.gov.my, atau ejen Perkeso yang sah menerusi https://www.perkeso.gov.my/ejen-keselamatan-sosial-pekerjaan-sendiri.html.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai - Peguam Najib Bernama 30/09/2024 Wan Azwan Aiman, yang mewakili Najib, berkata saksi pend...
-
Ringgit diniaga kukuh pada paras 4.1235 berbanding dolar AS Bernama 27/09/2024 Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat p...
-
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal Bernama 30/09/2024 Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot...
-
Lima produk kosmetik dikesan mengandungi racun - KKM Bernama 30/09/2024 Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan ...
-
Lebih 300,000 rumah mampu milik dibina setakat Jun Bernama 30/09/2024 PR1MA memiliki 88 projek di seluruh negara menerusi pelbagai fasa pemb...
-
Polis buru penunggang motosikal ragut rantai di Setia Alam Afiezy Azaman 01/10/2024 Perbuatan suspek itu dirakam 'dashcam' milik ken...
-
No more single-use plastic bags at 20 retail chains from Oct 1 - Nga Bernama 26/09/2024 From Oct 1, 20 hypermarkets, supermarkets, convenie...
-
Naomi Campbell banned as charity trustee after probe finds misconduct Bernama 27/09/2024 British supermodel Naomi Campbell has been disquali...
-
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia Bernama 01/10/2024 Ahmad Shabery semasa Mesyuarat Kerja Kebangsaan KEIND kali k...
-
'Orang kuat' urus aliran tunai GISB, isteri disambung reman Sinar Harian 29/09/2024 Individu disyaki berperanan sebagai pengendali ...
Popular Posts - Last 30 days
-
Malaysia COVID-19 cases soar above 5k Melissa Fernando ASRTRO AWANI Julai 16, 2022 = Malaysia COVID-19 cases soar above 5k There were eigh...
-
37 individuals remanded in probe into misappropriation of PenjanaKerjaya funds Bernama Julai 15, 2022 MACC today remanded 37 individuals to...
-
All Malaysian pilgrims complete haj pilgrimage Bernama Julai 12, 2022 All 14,305 Malaysian pilgrims have completed the Haj without any unt...
-
Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai - Peguam Najib Bernama 30/09/2024 Wan Azwan Aiman, yang mewakili Najib, berkata saksi pend...
-
BBQ Buffet Buy 2 Free 1 Experience a sumptuous BBQ Steamboat Buffet Dinner with Royale Chulan's exclusive "Buy 2 Free 1&qu...
-
Wan Saiful trial: Prosecution witness says RM38,160 deposited into Sinar Karangkraf account Bernama 18/09/2024 Former Bersatu Information c...
-
Twitter sues Elon Musk to hold him to $44 billion deal Reuters Julai 13, 2022 The lawsuit accused Musk of "a long list" of viola...
-
Evening Standard Otter attack in Malaysia leaves woman bloodied and unable to stand EVENING STANDARD 12 September 2024 Otter attack in Mal...
-
Ringgit diniaga kukuh pada paras 4.1235 berbanding dolar AS Bernama 27/09/2024 Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat p...
Blog Archive
-
▼
2024
(3109)
-
▼
Oct 2024
(44)
- Diddy Sexual Abuse Scandal: Known Celebs and Minor...
- PM Anwar tiba di Islamabad untuk lawatan tiga hari...
- MadaCorp CEO apologises for snubbing Mat Sabu
- Malaysia's JDT Beat Top Chinese Club Shanghai Shen...
- PM bertemu Khabib, bincang isu pembangunan ummah
- Bertumbuk Gara-Gara Kad TnG Tidak Berfungsi #MGFlash
- Users can log in MyJPJ application without having ...
- Lima produk kosmetik dikesan mengandungi racun - KKM
- Aktres senior Indonesia, Marissa Haque, meninggal ...
- Act 852 to be enforced prudently - Dzulkefly
- Penjaja, peniaga berlesen wajib carum PERKESO berm...
- Iran says it has finished attack on Israel amid fe...
- Airlines scramble to divert flights after Iran mis...
- Israel vows response to Iran missile attack as fea...
- Lahad Datu incursion: Federal Court upholds death ...
- BNM issues commemorative coins to mark Sultan Ibra...
- Najib's conduct clearly demonstrates vested intere...
- Children rescued from GISB face PTSD, higher risk ...
- MOH forms task force to investigate Lahad Datu pat...
- Witness says project will be awarded if MoU with C...
- Uncle Roger Start A Restaurant... And Break World ...
- ACLE: JDT catat kemenangan pertama, tewaskan Shang...
- Jimmy Carter catat sejarah bekas presiden AS perta...
- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, dipenga...
- Sheinbaum sworn in as Mexico's first female presid...
- Kerajaan peruntuk RM8 juta tampung kos bina pusat ...
- Isteri Sabari mahu tindakan undang-undang setimpal...
- BTS member Suga fined $11,500 for drunk driving on...
- Elderly urged to get influenza vaccine to avoid se...
- JPJ upgrades MyJPJ app following high demand for s...
- Individuals claiming to have seen ‘total loss’ veh...
- Cabinet approval needed for ending subsidies for a...
- Najib believed RM2 billion was a Saudi donation, c...
- Polis buru penunggang motosikal ragut rantai di Se...
- Seorang parah, dua cedera ringan kemalangan babit ...
- Ringgit terus kukuh, diniaga pada paras 4.12 berba...
- Agong zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-...
- AKPK lapor 53,000 individu bawah 30 tanggung hutan...
- Negeri Sembilan harap rancangan bina Koridor Perin...
- KLTA dalam proses wujud garis panduan standard pel...
- Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan ...
- KLSCM 2024: Lebih 30 jalan sekitar ibu negara ditu...
- Video lelaki lepas tembakan di tempat awam adalah ...
- Kerajaan masih tanggung perbelanjaan subsidi diese...
-
▼
Oct 2024
(44)