Translate

28 October 2024

Pengguna kereta api Jerman bakal berdepan gangguan selama 80 minggu



Pengguna kereta api Jerman bakal berdepan gangguan selama 80 minggu

Bernama

28/10/2024


Mulai awal November, penumpang harian, trafik jarak jauh dan industri di sepanjang laluan utama dari Oberhausen di Wilayah Ruhr melalui Emmerich ke Belanda akan terkesan. - Gambar hiasan


BERLIN: Pengguna kereta api dari barat Jerman ke Belanda akan berdepan gangguan yang berpanjangan selama 80 minggu berikutan pembinaan sebuah koridor pengangkutan kargo utama EU yang baharu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Laluan dari Oberhausen di Wilayah Ruhr melalui Emmerich ke Belanda akan hanya boleh dilalui secara terhad atau tidak boleh dilalui sepenuhnya, menurut pengendali kereta api Jerman, Deutsche Bahn.

"Kuantiti pembinaan yang belum pernah terjadi sebelumnya" itu dijangka berlanjutan sehingga 17 Mei 2026, menurut syarikat itu.

Mulai awal November, penumpang harian, trafik jarak jauh dan industri di sepanjang laluan utama itu akan terkesan.

Kerja-kerja pembinaan ini sebahagian projek prestij untuk pengangkutan kargo Eropah.

Bahagian sepanjang kira-kira 73 kilometer ini sebahagian koridor kargo Eropah yang menghubungkan pelabuhan Laut Utara di Rotterdam ke Genoa di Mediterranean, sebuah projek utama untuk dasar pengangkutan EU.

"Apa yang kami rancang dalam fasa pembinaan mulai November ini adalah unik dalam sejarah projek pengembangan ini," kata Pengurus Projek Stefan Ventzke.

Sepanjang 80 minggu akan datang, laluan ini akan menjadi trek tunggal untuk dua pertiga masa, yang masih akan menyebabkan perkhidmatan dihadkan.

Bahagian ini akan ditutup sepenuhnya dari Jumaat sehingga 24 November. Laluan kereta api jarak jauh antara Cologne dan Belanda akan dialihkan dan oleh itu, mengambil masa yang lebih lama.

Syarikat-syarikat di rantau ini tidak akan dapat menggunakan kereta api barang untuk logistik mereka dalam tempoh ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Geng Along Jep tumpas, empat lelak' 41 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siasatan termasuk dakwaan Pamela Ling dilarikan in' 18 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Dapatan tidak konklusif, pakar forensik gagal tent' 19 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'MPP nasihat semua ahli terima keputusan Pemilihan ' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Geng Along Jep tumpas, empat lelak' 33 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KDN selesai lebih separuh daripada 12,101 permohon' 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PM Australia yang dipilih semula Albanese akan law' 39 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ringgit ditutup tinggi berikutan tindak balas kera' 39 mins ago