Translate

11 October 2024

Pengarah syarikat didakwa tubuh syarikat baharu tanpa persetujuan mesyuarat agung



Pengarah syarikat didakwa tubuh syarikat baharu tanpa persetujuan mesyuarat agung

Bernama

11/10/2024


Tan Chong Hee didakwa menubuhkan Syarikat Nicenco Resources Sdn Bhd bagi mendapatkan secara langsung atau tidak langsung manfaat bagi diri sendiri. - Foto Bernama


BUTTERWORTH: Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menubuhkan perniagaan tanpa persetujuan mesyuarat agung syarikat bagi manfaat sendiri.

Tan Chong Hee, 50, didakwa selaku Pengarah Syarikat Kualiti Ayu Sdn Bhd dan Kilang Papan Seong Eng Sdn. Bhd, tanpa persetujuan mesyuarat agung syarikat berkenaan telah terlibat dalam suatu perniagaan yang bersaing dengan syarikat itu, dengan menubuhkan Syarikat Nicenco Resources Sdn Bhd.

Tertuduh didakwa menubuhkan Syarikat Nicenco Resources Sdn Bhd bagi mendapatkan secara langsung atau tidak langsung manfaat bagi diri sendiri, melalui hasil penjualan kayu-kayan berjumlah RM377,990.

Tan dituduh melakukan perbuatan itu di Kubang Menerong, Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini antara 2 Nov 2020 sehingga 29 Mac 2021, mengikut Seksyen 218(1)(e) Akta Syarikat 2016 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 218(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM3 juta atau kedua-duanya dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Jamal.

Peguam C. Hari Prassaad Rao yang mewakili Tan, merayu mahkamah agar memberikan jaminan rendah kerana pengadu kes berkenaan telah menghantar surat kepada pegawai penyiasat kes untuk menarik semula laporan, selain anak guamnya menghidap penyakit darah tinggi.

Hakim Noor Aini Yusof membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 11 Nov 2024.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED