Translate

03 October 2024

Op Global: 127 ahli GISB ditahan, 34 individu di bawah Akta SOSMA - KPN



Op Global: 127 ahli GISB ditahan, 34 individu di bawah Akta SOSMA - KPN

ASTRO AWANI

03/10/2024


Razarudin berkata, daripada jumlah ditahan, 34 ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA). - Gambar fail/Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Seramai 127 individu dipercayai ahli Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd ditahan polis setakat ini menerusi Op Global.

Jumlah Tangkapan: Seramai 127 individu yang dipercayai ahli Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd telah ditahan oleh polis dalam operasi Op Global.

Penahanan di Bawah SOSMA: Daripada jumlah tersebut, 34 individu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), yang membenarkan penahanan selama 28 hari tanpa perbicaraan.

Penahanan Reman: Sebanyak 93 individu lagi ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada jumlah itu 34 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA).

Akta itu membenarkan seseorang individu ditahan selama 28 hari tanpa perbicaraan.

Sementara 93 lagi kata beliau ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

"Jumlah ahli GISB yang masih dalam tahanan reman di bawah Sekyen 117 Kanun Prosedur Jenayah adalah seramai 93 orang manakala 34 lagi ditahan di bawah SOSMA," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED