Translate

30 October 2024

MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan



MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan

Astro Awani

30/10/2024


Menurut Mohd Mirza, MyDigital ID berbeza daripada Pangkalan Data Utama (PADU) kerana maklumat diperlukan hanya sedikit ketika pendaftaran, tidak melibatkan pendapatan dan perkara lain.


KUALA LUMPUR: Tidak perlu risau atau khuatir dengan keselamatan aplikasi digital tunggal kerajaan, MyDigital ID.

Demikian jaminan Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID Sdn Bhd, Mohd Mirza Mohamed Noor yang berkata, aplikasi itu hanya bertindak sebagai kunci digital untuk memudahkan rakyat, tidak langsung menyimpan data.

Menurutnya, sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan oleh rakyat Malaysia, malah teknologi digunakan juga milik tempatan.

Tambahnya, MyDigital ID berbeza daripada Pangkalan Data Utama (PADU) kerana maklumat diperlukan hanya sedikit ketika pendaftaran, tidak melibatkan pendapatan dan perkara-perkara lain.

Justeru, katanya kini pihaknya sedang giat mengumpul pendaftaran dengan mendapat kerjasama daripada agensi kerajaan dan industri perbankan.

“Jadi kita akan memacu pendaftaran melalui kes kepenggunaan. Di samping itu, saya boleh kata, dengan pihak perbankan, dengan 16 bank sudah komited untuk integrasi dengan MyDigital ID.

“Kita semua mempunyai akaun bank… jadi insya-Allah pada hujung tahun ini kita akan nampak jumlah pendaftaran itu akan bertambah.

“Untuk pihak perbankan, kita beri pilihan, MyDigital ID sebagai log masuk alternatif tetapi akan ada pertambahan pengguna MyDigital ID nanti. Justeru, tidak lama lagi akan ramailah log masuk guna MyDigital ID untuk aktiviti perbankan.

“Kita berharap apabila sudah mencapai satu angka tertentu, pihak bank akan menjadikan ia sebagai log masuk tunggal,” katanya.

Tambah beliau, MyDigital ID diperbaharui secara automatik pada setiap tahun untuk rakyat Malaysia dan segala kos, termasuk pentadbiran dan sijil digital ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Beliau berkata demikian pada program Agenda AWANI, disiarkan di Astro AWANI pada Selasa.

MyDigital ID ialah satu inisiatif kerajaan bagi pengesahan identiti yang selamat dan sah untuk pengguna dalam talian.

Sistem MyDigital ID telah dibangunkan oleh Pusat penyelidikan dan pembangunan kebangsaan, MIMOS sejak 2016 dan kini mempunyai 32 Paten.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hamburg viewed 'Penduduk terjejas dak' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Seekor anak gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB' 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Maut Terperangkap Dalam Kereta Terbakar | ' 16 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Penemuan Najis Tikus, 4 Premis Makanan Diarah Tutu' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rempuh motosikal, pemandu pacuan empat roda ditaha' 33 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Rafizi sedia letak jawatan sebagai Menteri Ekonomi' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '3 Miss Malaysia Who Didn't Get Their Happily Ever ' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Seekor anak gajah mati dilanggar kenderaan di JRTB' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Penemuan Najis Tikus, 4 Premis Makanan Diarah Tutu' 1 hr 11 mins ago