Translate

04 October 2024

Lawatan PM Anwar ke Dhaka imbau sejarah 52 tahun lepas



Lawatan PM Anwar ke Dhaka imbau sejarah 52 tahun lepas

Bernama

04/10/2024



Lawatan rasmi Perdana Menteri Anwar ke Bangladesh hari ini menjadi simbol solidariti Malaysia bersama rakyat negara itu yang berdepan situasi mencabar pada masa ini. - Gambar Bernama

DHAKA: Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Bangladesh hari ini menjadi simbol solidariti Malaysia bersama rakyat negara itu yang berdepan situasi mencabar pada masa ini.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh, Haznah Md Hashim berkata, Malaysia ialah negara pertama yang membuat lawatan di peringkat ketua kerajaan dalam tempoh dua bulan selepas kerajaan sementara Bangladesh dibentuk.

"Lawatan ini mengulangi sejarah apabila Malaysia menjadi negara Islam pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh pada 31 Jan 1972," katanya dalam sidang media di sini.

Ogos lepas pemenang hadiah Nobel, Muhammad Yunus dilantik mengetuai kerajaan sementara Bangladesh ekoran ketidakstabilan politik di negara itu susulan beberapa minggu protes yang menyaksikan Sheikh Hasina meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Haznah berkata, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Muhammad Yunus dan membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Mohammed Shahabuddin sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah petangnya.

Tahun lepas Bangladesh merupakan rakan dagangan ke-27 terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-19 terbesar dan sumber import ke-47 terbesar, menjadikan ia sebagai rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Selatan.

Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Bangladesh mencecah RM12.7 bilion (AS$2.78 bilion) tahun lepas. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED