Translate

11 October 2024

Ketua Menteri, Ahli Parlimen Sabah bincang pindaan perlembagaan kewarganegaraan



Ketua Menteri, Ahli Parlimen Sabah bincang pindaan perlembagaan kewarganegaraan

Bernama

11/10/2024


RUU berkenaan akan dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam persidangan Parlimen akan datang. - Foto Bernama


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat pramajlis bersama beberapa Ahli Parlimen Sabah bagi membincangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 membabitkan kewarganegaraan.

Jabatan Ketua Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa RUU berkenaan akan dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam persidangan Parlimen akan datang.

Hajiji dan Ahli Parlimen Sabah diberi taklimat mengenai perkara itu oleh Timbalan Setiausaha Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan Kementerian Dalam Negeri Mimmi Suriati Mat Khalid di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini.

Ahli Parlimen yang hadir termasuk Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (Keningau) merangkap Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Shahelmey Yahya (Putatan) yang juga Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Armizan Ali (Papar) yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Datuk Jonathan Yassin (Ranau), Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Kalabakan), Datuk Matbali Musa (Sipitang), Datuk Lo Su Fui (Tawau) dan Riduan Rubin (Tenom).

Turut hadir Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Brenndon Keith Soh.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED