Translate

18 October 2024

Banjir di beberapa negeri belum reda



Banjir di beberapa negeri belum reda

Astro Awani

18/10/2024


Setakat jam 6 pagi Jumaat, 4,093 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS). - Foto fail/APM Perak

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di beberapa negeri semenanjung belum reda.

Menurut laman web Infobencana JKM, setakat jam 6 pagi Jumaat, 4,093 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Mangsa tertinggi dicatatkan adalah di Pahang dengan 1,751 orang, daripada 529 keluarga dan mereka berlindug di sembilan PPS yang dibuka.

Ini diikuti di Perak dengan 1,456 mangsa daripada 461 keluarga, yang ditempatkan di 11 PPS dibuka di lima daerah.

Sementara itu di Kedah, mangsa banjir catat penurunan dengan sejumlah 819 orang direkodkan masih berada di lima PPS.

Di Selangor, satu PPS masih dibuka bagi menempatkan 33 mangsa dari sembilan keluarga.

Di Perlis, 17 orang mangsa masih berlindung di satu PPS.

Manakala di Melaka, 12 mangsa daripada tiga keluarga masih menetap di satu PPS yang dibuka.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED