Translate

21 October 2024

Anak Mat Redho dilapor hilang ditemui selamat



Anak Mat Redho dilapor hilang ditemui selamat

Bernama

21/10/2024


Tindakan serta-merta polis berjaya menemukan anak Mat Redho kira-kira 30 minit kemudian di pekarangan tempat kerja ibunya. - Gambar/ FB Mat Redho


KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan anak atlet sukan ekstrem Mohd Redha Rozlan atau Mat Redho yang dilaporkan hilang di perhentian bas di sebuah sekolah di Taman Tun Dr Ismail di sini, ditemukan selamat, petang ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu kanak-kanak itu pada 2.50 petang dan tindakan serta-merta polis berjaya menemukan anaknya kira-kira 30 minit kemudian di pekarangan tempat kerja ibunya.

"Siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan mengambil tindakan sendiri berjalan kaki 1.5 kilometer ke pejabat ibunya dan ditemukan selamat," katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Mat Redho dalam hantaran di Facebook miliknya memohon bantuan orang ramai mengesan anak lelakinya, Haq Medin berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED