Translate

30 September 2024

Lebih 100 maut, 350 cedera dalam serangan Israel ke atas Lubnan



Lebih 100 maut, 350 cedera dalam serangan Israel ke atas Lubnan

Agensi

30/09/2024



Tentera udara Israel melancarkan serangan ke atas sebuah penempatan di selatan Lubnan pada Ahad. - Gambar Reuters

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 105 orang terbunuh dan 359 cedera dalam serangan udara Israel di seluruh Lubnan pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

Portal berita CNN melaporkan, jumlah kematian tertinggi adalah di selatan Lubnan apabila 48 orang terbunuh dan 168 cedera di Ain Al-Delb dan Tyre.

Kementerian itu turut memaklumkan, serangan udara Israel turut menyebabkan "kerosakan teruk" kepada hospital Kana di selatan.

Wilayah Baalbek-Hermel di Lembah Beqaa di timur Lubnan juga terjejas teruk dengan 33 orang terbunuh dan 97 cedera, menurut kementerian itu.

Dalam masa sama, sejumlah orang awa terkorban di wilayah selatan Nabatiyeh, termasuk di bandar Marjaayoun.

Israel telah menegaskan, serangannya ke atas Lubnan memuncak pada hujung minggu dengan menyasarkan koperasi dan kemudahan Hizbullah selain menuduh kumpulan pejuang itu menggunakan orang awam sebagai "perisai manusia."

Serangan itu telah menghancurkan bangunan kediaman dan memusnahkan infrastruktur awam serta menyebabkan berlaku krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di negara itu. - Agensi

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Belfast viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Makati city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 4 hrs 27 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 4 hrs 39 mins ago
A visitor from Olongapo city viewed 'A 17-year-old boy has been arrested over ​the hit-' 4 hrs 53 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'SOP Rentas Negeri Dalam Peringkat Akhir Sebelum Di' 5 hrs 3 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 5 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 6 hrs 17 mins ago
A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 6 hrs 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 6 hrs 48 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 38 mins ago