Translate

27 August 2023

Ustaz Azhar Idrus (UAI) Menegaskan Kenyataan Abang Tesla Tentang Isteri Pertama dan Kedua Tidak Benar



ai

 



 Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menyelar ungkapan dicanang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Abang Tesla berhubung kenyataan ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’.

Dalam ceramahnya, Azhar menegaskan, kenyataan itu tidak benar kerana tidak terkandung dalam al-Quran serta hadis.

"Isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai.


"Betul atau tidak?
"Jawapannya betul...orang ini sudah tidak betul.
"Ini hadis ke?
"Ini perkataan netizen.
"Hidup kita kena ikut netizen ke hadis?
"Kalau ikut netizen sesat kamu jumpa api neraka," katanya menerusi video ceramahnya yang dimuat naik di Facebook beliau pada Jumaat.

Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam sejak minggu lalu mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan dia telah bernikah kali kedua.

Kata Abang Tesla, ada ustaz yang memberitahu dirinya bahawa ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai' hingga mendapat kecaman ramai.

Tambah Azhar, kenyataan yang dikeluarkan itu boleh menyakiti hati isteri pertama.
"Siapa jadi isteri pertama pastinya terasa hati dengan kenyataan begini.

"Sebenarnya kedua-dua isteri adalah tanggungjawab kita (suami) sebab itu hadis nabi kata antara orang beriman yang terbaik adalah yang paling banyak berbuat baik kepada isteri," ujarnya

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 8 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 17 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 27 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 43 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 48 mins ago
A visitor from Lecco viewed 'Motorcycling-Moto3 Rider Dupasquier Dies After Cra' 54 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 1 hr 1 min ago
A visitor from Virginia viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 1 hr 16 mins ago
A visitor from New york viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 1 hr 19 mins ago