Translate

30 August 2023

Pegawai kanan polis antara tiga ditahan SPRM - Ketua Polis Negara

 Pegawai kanan polis antara tiga ditahan SPRM - Ketua Polis Negara

Bernama

Ogos 30, 2023 14:42 MYTPegawai kanan polis antara tiga ditahan SPRM - Ketua Polis Negara

Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, berkata perincian lanjut mengenai penahanan mereka akan dibuat oleh Ketua Polis Johor. -Gambar fail

Pegawai kanan polis antara tiga ditahan SPRM - Ketua Polis Negara

Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, berkata perincian lanjut mengenai penahanan mereka akan dibuat oleh Ketua Polis Johor. -Gambar fail/Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan dan dua anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Muar, Johor.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, berkata perincian lanjut mengenai penahanan mereka akan dibuat oleh Ketua Polis Johor.

"Saya sahkan penahanan mereka namun perincian penuh boleh dapatkan daripada Ketua Polis Negeri Johor (Datuk Kamarul Zaman Mamat)," katanya ringkas kepada Bernama hari ini.



Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat, dalam satu kenyataan berasingan, mengesahkan penahanan seorang pegawai kanan dan dua pegawai rendah polis, semalam.

Dalam kenyataan ringkas itu, beliau berkata siasatan selari di antara (Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard) JIPS bersama SPRM sedang dijalankan.

Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi berkata JIPS akan membuka kertas siasatan selari seperti biasa berhubung tangkapan oleh SPRM itu.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ipoh viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tahan lelaki larikan kereta bersama kanak-ka' 57 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A large number of mourners gathered at the funeral' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Kehidupan kembali pulih di Bangkok selepas gempa b' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Oregon viewed '9 remanded in Penang over escape of police detaine' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Kedutaan Malaysia di Bangkok sambung operasi hari ' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Online fraud causes over RM19 million in losses fr' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Donald Trump and Kim Jong Un Summit In Singapore a' 1 hr 38 mins ago