Translate

30 August 2023

Penghantar makanan mengaku buat panggilan bom palsu di AEON Mall Klebang



Penghantar makanan mengaku buat panggilan bom palsu di AEON Mall Klebang
astro awani

Ogos 30, 2023 13:46 MYT
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM4,000 atau penjara selama lima bulan jika tertuduh gagal membayar denda. - Foto Astro AWANI

Penghantar makanan mengaku buat panggilan bom palsu di AEON Mall Klebang

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM4,000 atau penjara selama lima bulan jika tertuduh gagal membayar denda. - Foto Astro AWANI

IPOH: Seorang penghantar makanan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membuat panggilan bom palsu di AEON Mall Klebang, Chemor, minggu lepas.

Tertuduh, Mohammad Nasriq Samsudin, 37, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S. Punitha.

Mengikut pertuduhan, dia yang masih bujang didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap seorang lelaki lain melalui telefon dengan mengatakan terdapat bom akan meletup di AEON Mall Klebang.



Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 1, Pejabat Pengurusan AEON Mall Klebang, kira-kira jam 4.15 petang, 23 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun.

Ketika ditanya Majistret, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak menyedari bahawa perbuatannya itu satu kesalahan.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM4,000 atau penjara selama lima bulan jika tertuduh gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fahmi Kamaluddin manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Siti Hajar Hamzah.

Pada Khamis, media melaporkan, polis menahan seorang lelaki berhubung panggilan bom palsu di pusat membeli belah AEON Mall Klebang, dekat Ipoh, petang Rabu.

Bagaimanapun, pemeriksaan menyeluruh yang dilakukan dengan bantuan Unit Pemusnahan Bom (UPB) IPK Perak, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam, tidak menemui sebarang objek meragukan.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Petaling jaya viewed '15 countries have sent trade deal p' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM awarded Doctor Of Law by Shenandoah University,' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Australian woman gives birth to wrong couple's bab' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'GARA - GARA TERTEKAN PEDAL MINYAK TEKSI REMPUH BAN' 19 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'PM awarded Doctor Of Law by Shenandoah University,' 22 mins ago
A visitor from Peats ridge viewed '75 per cent of United Nations missions' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed '15 countries have sent trade deal p' 31 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed '396 household heads eligible f' 36 mins ago
A visitor from Selangor viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 36 mins ago