Translate

31 August 2023

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 luar biasa, perlihat perpaduan kaum di Malaysia - TPM



Sambutan Hari Kebangsaan 2023 luar biasa, perlihat perpaduan kaum di Malaysia - TPM

Bernama

Ogos 31, 2023 13:09 MYT
Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya adalah yang pertama dibawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Bernama

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 luar biasa, perlihat perpaduan kaum di Malaysia - TPM

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya adalah yang pertama dibawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Bernama

PUTRAJAYA: Sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang pertama di bawah Kerajaan Perpaduan di Dataran Putrajaya, di sini hari ini disifatkan sebagai berjaya dan luar biasa, memperlihatkan perpaduan kaum di negara ini.

Bertemakan "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan", sambutan yang bermula secara rasmi pukul 8 pagi itu dihadiri lautan manusia, dengan lebih 100,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan umur yang mula berkumpul seawal 1 pagi lagi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui Bernama berkata sambutan Hari Kebangsaan ke-66 ini hebat dan luar biasa.



"Terbaik, sambutan (Hari Kebangsaan) amat baik dan luar biasa daripada semua pihak," katanya ringkas.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memuji setiap persembahan dipamerkan pada sambutan tanggal bersejarah, genap 66 tahun negara mencapai kemerdekaan hari ini.

"Alhamdulillah persembahan sambutan ini memang berjaya dan perlihat perpaduan semua," katanya.

Antara persembahan menarik adalah segmen cabaran dan ketangkasan yang mengetengahkan kemahiran anggota pasukan 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan aksi terjun tepat dari ketinggian 4,000 meter.

Selain itu, sejumlah 50 aset udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menguasai ruang udara Putrajaya pada pertunjukan yang diterajui Tentera Udara Diraja Malaysia antaranya pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM, F/A-18D Hornet dan BAE Hawk, pesawat pengangkut A400M dan C130 Hercules termasuk helikopter Tentera Darat dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya adalah yang pertama dibawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kali kelima Putrajaya menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan. Putrajaya pernah menjadi tuan rumah pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 4 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 41 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 21 mins ago