Translate

30 August 2023

Tamat kontrak dengan Brahim's Food, MAG laksana BCP sediakan F&B atas penerbangan



Tamat kontrak dengan Brahim's Food, MAG laksana BCP sediakan F&B atas penerbangan

Firdaus Azil

Ogos 30, 2023 14:40 MYT
MAG berkata, pengaktifan BCP juga menandakan berakhirnya perkongsian legasi bersama BFS, yang sebelum ini menyediakan perkhidmatan untuk beberapa laluan domestik dan antarabangsa terpilih dalam rangkaian MAB

Tamat kontrak dengan Brahim's Food, MAG laksana BCP sediakan F&B atas penerbangan

MAG berkata, pengaktifan BCP juga menandakan berakhirnya perkongsian legasi bersama BFS, yang sebelum ini menyediakan perkhidmatan untuk beberapa laluan domestik dan antarabangsa terpilih dalam rangkaian MAB. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Syarikat induk Malaysia Airlines Berhad (MAB), Malaysia Aviation Group (MAG) akan mengaktifkan Pelan Kelangsungan Perniagaan (BCP), bagi memastikan meneruskan perkhidmatan makanan dalam penerbangan bagi laluan terpilih, bermula 1 Sept ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAG berkata, pengaktifan itu dilakukan susulan penamatan kontraknya bersama penyedia perkhidmatan makanan sebelum ini, iaitu Brahim’s Food Services (BFS) pada 31 Ogos 2023.

MAG berkata, pengaktifan BCP juga menandakan berakhirnya perkongsian legasi bersama BFS, yang sebelum ini menyediakan perkhidmatan untuk beberapa laluan domestik dan antarabangsa terpilih dalam rangkaian MAB.



“Dalam tempoh peralihan ini, MAB akan menyediakan alternatif makanan dan minuman (F&B) dalam penerbangan, memastikan operasi yang lancar dan meminimakan potensi impak terhadap keselesaan dan pengalaman pengguna.

“Laluan lain pula akan terus diberikan perkhidmatan oleh penyedia sedia ada iaitu POS Aviation,” menurut kenyataan itu lagi.

MAG berkata, pihaknya sudah melakukan perancangan teliti untuk operasi catering sendiri di bawah seliaan MAB, melibatkan sumber pek makanan dan bekalan F&B dari pelbagai penyedia, termasuk operatour ruang istirahatnya, MAS Awana.

Sementara itu, katanya lagi, syarikat pengendali lapangan MAG, AeroDarat Services akan menguruskan proses memasukkan makakanan dalam penerbangan kepada pesawat terbabit.

Bagi proses fasilitasi, MAG berkata, sebuah pusat pengedaran sementara akan diwujudkan di KLIA, mengikut standard keselamatan Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia (CAAM) dan Kementerian Kesihatan.

Pada November lepas, MAG telah memperbaharui kontraknya dengan BFS selepas lesen sementara syarikat itu diluluskan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MACVOM).

“(Pembaharuan kontrak) itu bertujuan memastikan cadangan perniagaan kedua-dua pihak dapat memberi kelebihan kepada MAG fan BFS, di samping memberi keutamaan kepada kepentingan peniaga.

“Selepas melalui proses rundingan yang panjang dan menyeluruh, MAG telah menerima notis pemberhentian perkongsian pada 30 Jun 2023. MAG terus meneroka strategi yang pelbagai untuk memastikan kemampanan perniagaan, termasuk mengadakan perkongsian dengan penyedia F&B yang mempunyai reputasi tinggi.

“Ini menandakan komitmen kami dalam memastikan pengalaman pelanggan yang premium yang tinggi, serta perkhidmatan dalam penerbangan yang efisyen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Terminal 1 (KUL).

“Kumpulan MAG juga kekal teguh dalam komitmennya untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang premium melalui pembekal perkhidmatan dan pembekalnya, dan terus dedikasi untuk memastikan pengalaman terbaik bagi pelanggannya,” menurut kenyataan itu lagi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 38 mins ago
A visitor from Denver viewed 'KKM Investigating Controversial Hulu Langat MP if ' 44 mins ago
A visitor from Bengaluru viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 46 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'US Cardinal Robert Prevost elected a' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar sel' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 2 hrs 41 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Manchester United sahkan bawa semua pemain utama k' 3 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis buru tiga lelaki rompak barang kemas bernila' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Keputusan tawar diri tanding MPP PKR kerana amanah' 4 hrs 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelancong Malaysia maut jatuh dari hotel di Phuket' 4 hrs 37 mins ago