Translate

31 August 2023

Individu Mengaku Bawa Pelajar Tahfiz Rohingya Ke Festival Muzik KEPCI



Konsert KEPCI: Individu tampil perjelas tindakan bawa pelajar tahfiz
29 Ogos 2023, 8:19pm


Foto yang tular di media sosial.

KUALA LUMPUR: Seorang individu tampil mengakui beliau adalah individu yang membawa sekumpulan pelajar tahfiz ke konsert KEPCI Music Fest di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.

Andrie Ung Han Xiang menjelaskan, pihak penganjur termasuk kerajaan tidak terbabit dengan kehadiran mereka.

Menurutnya, dia bersama rakan mengumpul sumbangan bagi membawa kira-kira 700 anak yatim dari 22 rumah kebajikan seluruh negara ke festival itu.

“Inisiatif ini adalah sepenuhnya daripada kami yang ikhlas untuk memberi peluang kepada anak yatim yang kurang berkemampuan merasai pengalaman menghadiri festival itu.

“Tujuan kami ikhlas menjemput mereka bersama memeriahkan festival yang turut menyediakan permainan kanak-kanak dan aktiviti lain serta konsert, selain boleh dihadiri semua masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan tular di media sosial rakaman video menunjukkan kehadiran pelajar tahfiz menonton konsert di festival hiburan itu.

Video berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Mengulas mengenai video tular itu, Andrie berkata, pelajar memakai jubah hijau dan berserban putih adalah dari sebuah pusat tahfiz di TTDI Jaya, Selangor.

Mereka adalah anak pelarian Rohingya yang hampir tidak tahu berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Andrie berdukacita atas ketidakpuasan hati dan menyinggung perasaan pihak tertentu yang terkesan dengan isu itu.

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 4 hrs 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 4 hrs 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 4 hrs 47 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 4 hrs 51 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 5 hrs ago