Translate

28 August 2023

Sembilan terselamat bot pelancong terbalik di Pantai Teluk Batik

 Sembilan terselamat bot pelancong terbalik di Pantai Teluk Batik

Bernama

Ogos 28, 2023 16:55 MYTSembilan terselamat bot pelancong terbalik di Pantai Teluk Batik

Sembilan individu termasuk seorang remaja OKU dan dua kru bot terselamat apabila bot yang melakukan aktiviti rekreasi membawa pelancong telah terbalik di Pantai Teluk Batik, Seri Manjung hari ini. - Foto Bomba Perak

Sembilan terselamat bot pelancong terbalik di Pantai Teluk Batik

Sembilan individu termasuk seorang remaja OKU dan dua kru bot terselamat apabila bot yang melakukan aktiviti rekreasi membawa pelancong telah terbalik di Pantai Teluk Batik, Seri Manjung hari ini. - Foto Bomba Perak via Sinar Harian

IPOH: Sembilan individu termasuk seorang remaja Orang Kurang Upaya (OKU) dan dua kru bot terselamat apabila bot yang melakukan aktiviti rekreasi membawa pelancong telah terbalik di Pantai Teluk Batik, Seri Manjung hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian melibatkan mangsa pelancong tempatan yang kesemua berusia antara tiga hingga 34 tahun itu pada 10.58 pagi sebelum tiba ke lokasi pada 11.15 pagi tadi.

Beliau berkata dua mangsa didapati lemas iaitu remaja OKU berusia 17 tahun terbabit dan seorang wanita 34 tahun yang telah dibawa naik ke darat oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba, manakala tujuh mangsa yang lain selamat selepas berjaya berenang ke pantai.



"Mangsa lelaki (OKU) yang lemas telah sedar akibat daripada bantuan CPR (resusitasi kardiopulmonari) oleh orang awam seterusnya dibawa ke hospital oleh EMRS bomba.

"Seorang lagi mangsa iaitu wanita tidak sedarkan diri dirawat oleh anggota KKM (Kementerian Kesihatan) dan didapati mempunyai nadi seterusnya dibawa ke hospital oleh ambulans KKM," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sayani berkata operasi tamat pada 12.15 tengah hari.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 17 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 30 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 54 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 1 hr 34 mins ago