Translate

29 July 2023

Polis buru lelaki yang cabul wanita dan ceroboh trek Stesen LRT Maluri

 Rapid Rail, PDRM buru lelaki cabul wanita, ceroboh trek Stesen LRT Maluri

ASTRO AWANI

Julai 29, 2023 12:40 MYT


Rapid Rail, PDRM buru lelaki cabul wanita, ceroboh trek Stesen LRT Maluri
Seorang lelaki disyaki mengalami gangguan mental yang telah bertindak agresif menceroboh trek transit aliran ringan (LRT) dan cuba mencabul salah seorang penumpang wanita di Stesen LRT Maluri, pada Jumaat. - Gambar tangkap layar video dari Twitter

Rapid Rail, PDRM buru lelaki cabul wanita, ceroboh trek Stesen LRT Maluri

Seorang lelaki disyaki mengalami gangguan mental yang telah bertindak agresif menceroboh trek transit aliran ringan (LRT) dan cuba mencabul salah seorang penumpang wanita di Stesen LRT Maluri, pada Jumaat. - Gambar tangkap layar video dari Twitter

KUALA LUMPUR: Rapid Rail bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memburu seorang lelaki disyaki mengalami gangguan mental yang telah bertindak agresif menceroboh trek transit aliran ringan (LRT) dan cuba mencabul salah seorang penumpang wanita di Stesen LRT Maluri, pada Jumaat.

Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.58 pagi, di platform 1 ke platform 2 LRT berkenaan.

"Suspek kemudian telah cuba mencabul salah seorang wanita yang sedang menunggu tren di platform tersebut.



"Ketika kejadian, anggota Polis Bantuan yang sedang bertugas di platform bertentangan bergegas turun ke bawah untuk ke platform tempat kejadian bagi memberikan bantuan kepada mangsa yang sedang bergelut dengan suspek.

"Orang awam yang melihat kejadian telah berjaya membantu meleraikan mangsa dari suspek, tetapi tidak berjaya diberkas kerana tindakan beliau yang sangat agresif," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Mengulas lanjut, Rapid Rail berkata, suspek sekali lagi bertindak menceroboh landasan dan mengetuk dinding tren yang kebetulan sedang berhenti di stesen sebelum meloloskan diri dari stesen tersebut pada jam 8.05 pagi.

"Mangsa dan saksi telah dibawa ke balai polis bagi tindakan selanjutnya.

"Pasukan Polis Bantuan Prasarana berkerjasama dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu menyiasat dan mengesan sehingga tertangkapnya suspek," ujarnya.

Rapid Rail juga kesal dengan kejadian yang berlaku dan tindakan segera telah diambil dengan menambah anggota polis bantuan di stesen-stesen untuk meningkatkan kawalan keselamatan bagi mengelakkan perkara sama berulang.








Watch on TikTok



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Menteri kesal, tuan r' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anwar terima kunjungan Gabenor Guangxi, cermin hub' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 6 hrs 34 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Apple loses title of most valuable company to Micr' 6 hrs 57 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 7 hrs 23 mins ago
A visitor from Bengkulu viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 7 hrs 35 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 8 hrs 25 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman seran' 9 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 9 hrs 19 mins ago