Translate

31 July 2023

KKM sahkan insiden keracunan makanan di SK Cyberjaya



KKM sahkan insiden keracunan makanan di SK Cyberjaya

Bernama

Julai 31, 2023 21:20 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan berlaku insiden keracunan makanan melibatkan 24 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya pada 27 Julai lepas

KKM sahkan insiden keracunan makanan di SK Cyberjaya

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan berlaku insiden keracunan makanan melibatkan 24 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya pada 27 Julai lepas. - Gambar hiasan

CYBERJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan berlaku insiden keracunan makanan melibatkan 24 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya di sini pada 27 Julai lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata 24 murid itu mengalami simptom keracunan makanan seperti cirit-birit dan sekarang telah sembuh serta kembali bersekolah.

"Mereka telah mendapat rawatan di klinik swasta berdasarkan siasatan yang kita jalankan," katanya tanpa mendedahkan sama ada sumber makanan daripada kantin membawa kepada punca keracunan makanan itu.



Laporan sebuah akhbar tempatan semalam mendakwa lebih 50 pelajar SK Cyberjaya mengalami simptom keracunan makanan seperti muntah dan cirit-birit selepas menjamah nasi lemak dan ayam goreng di kantin sekolah berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program 'Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope' (MySAVE) di sini hari ini, Lukanisman berkata siasatan sedang dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) termasuk menutup kantin sekolah berkenaan sehingga 10 Ogos.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jangan beri makan merpati! | BEST FBKL' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 17 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Trump makes trade deal with China | B' 27 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'US & China agree to 90 day pause |' 45 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'US & China agree to 90 day pause |' 47 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 51 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PEMANDU KERETA PROTON SAGA HITAM DICARI | BEST FBK' 55 mins ago