Translate

29 July 2023

Penamaan calon PN - GERAKAN Dominic Lau bagi DUN Bayan Lepas, seolah-olah “diboikot” apabila tiada pimpinan PAS hadir



PRN: Presiden Gerakan ditemani kurang 100 penyokong PN

Dewi Nur Harasha Alias

Julai 29, 2023 10:30 MYT
Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai diiringi penyokong-penyokongnya semasa hadir untuk menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon di Dewan Bukit Belah, Teluk Kumbar, pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI .

PRN: Presiden Gerakan ditemani kurang 100 penyokong PN

Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai diiringi penyokong-penyokongnya semasa hadir untuk menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon di Dewan Bukit Belah, Teluk Kumbar, pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI .

BAYAN LEPAS: Sebagaimana dijangka, proses penamaan calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas, seolah-olah “diboikot” apabila tiada langsung kelibat pimpinan Pas yang hadir memberi sokongan kepada calon mereka, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Ia dipercayai susulan konflik yang berlaku berhubung isu calon yang diputuskan Majlis Presiden PN yang menamakan Presiden Gerakan itu untuk bertanding di kerusi tersebut.

Di kerusi tersebut, Dominic bakal berdepan dengan penyandangnya, Azrul Mahathir Aziz dari Pakatan Harapan.



Terdahulu, Dominic yang tiba di pusat penamaan calon di Dewan Bukit Belah, Teluk Kumbar kira-kira jam 8.50 pagi ditemani kurang daripada 100 penyokongnya.

Meskipun kelihatan hambar, para penyokong tetap bersemangat melaungkan 'Perikatan Nasional, Jom Kalih dan Hidup Dominic' ketika mengiringi calon berkenaan Dominic memasuki dewan.

Sementara itu, sekitar 300 penyokong Pakatan Harapan ( PH) pula mengiringi calon mereka, Azrul Mahathir Aziz sambil berselawat serta laungan 'Penang elok dah.'

Media sebelum ini melaporkan timbul konflik membabitkan kerusi DUN Bayan Lepas apabila Pas DUN Bayan Lepas menyuarakan ketidakpuasan hati susulan hasrat Dominic untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Mereka mengancam untuk memboikot proses penamaan calon sekiranya Dominic masih berkeras untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Meletakkan Dominic di kerusi yang majoritinya orang Melayu mengundang risiko buat PN untuk memenangi PRN selepas pencalonan Presiden Gerakan itu dibantah majoriti ahli Pas.

Terdapat tiga DUN di bawah Parlimen Balik Pulau iaitu Bayan Lepas, Pulau Betong dan Teluk Bahang.

Gerakan Pulau Pinang akan bertanding 19 kerusi daripada 40 kerusi di bawah gabungan PN sementara Pas akan bertanding 10 kerusi, manakala Bersatu akan bertanding 11 kerusi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Azrul dari parti Amanah menang dengan majoriti 5,245 menewaskan Cikgu Rusli Hashim dari Barisan Nasional dan Zarina Shinta Madar dari Pas.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah L' 17 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 33 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 4 hrs 53 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 5 hrs 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 5 hrs 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 5 hrs 37 mins ago