Translate

25 July 2023

Anwar pengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, bincang persiapan PRN

 Anwar pengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, bincang persiapan PRN

Bernama

Julai 25, 2023 00:18 MYT'


Anwar pengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, bincang persiapan PRN
Mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam bermula 9 malam itu dihadiri oleh semua pimpinan utama PH termasuk Saifuddin. - Gambar fail/Bernama

Anwar pengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, bincang persiapan PRN

Mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam bermula 9 malam itu dihadiri oleh semua pimpinan utama PH termasuk Saifuddin. - Gambar fail/Bernama

PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden gabungan itu di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini malam Isnin.

Mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam bermula 9 malam itu dihadiri oleh semua pimpinan utama PH termasuk Ketua Setiausaha Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang juga Setiausaha Agung PKR.

Saifuddin Nasution ketika dihubungi pemberita berkata mesyuarat itu antara lain membincangkan persiapan akhir PH bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.



"Mesyuarat berkenaan persiapan terakhir menjelang penamaaan calon... yang pengerusikan Perdana Menteri. Semua pimpinan utama PH ada," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan dilaksanakan serentak dengan hari penamaan calon Sabtu ini.

Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu turut diadakan serentak pada hari berkenaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 38 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 56 mins ago