Translate

25 July 2023

Bekas CEO EMGS bebas tuduhan dapatkan suapan bekal kurma untuk Ramadan



Bekas CEO EMGS bebas tuduhan dapatkan suapan bekal kurma untuk Ramadan

Bernama

Julai 25, 2023 16:59 MYT




Wafiy Abd Aziz dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan mendapatkan suapan untuk bekalan 'Kurma For Ramadan Gift', empat tahun lepas. - Gambar fail/BERNAMA

Bekas CEO EMGS bebas tuduhan dapatkan suapan bekal kurma untuk Ramadan

Wafiy Abd Aziz dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan mendapatkan suapan untuk bekalan 'Kurma For Ramadan Gift', empat tahun lepas. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Education Malaysia Global Services (EMGS), hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mendapatkan suapan untuk bekalan 'Kurma For Ramadan Gift', empat tahun lepas.

Hakim Suzana Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Wafiy Abd Aziz, 38, di akhir kes pendakwaan.

"Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu dan wang jaminan (RM12,000) dikembalikan," katanya.



Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Dr Baljit Singh Sidhu.

Perbicaraan kes itu bermula pada Ogos 2021 dengan 24 saksi pendakwaan memberikan keterangan.

Wafiy, didakwa menggunakan jawatan itu untuk mendapatkan suapan, dengan meluluskan bayaran baucar EMGS bertarikh 3 Jun 2019 berjumlah RM12,175 kepada Mileeya Enterprise, untuk bekalan Kurma For Ramadhan Gift yang mana pemilik syarikat tersebut merupakan saudara tertuduh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di EMGS, Jalan Mayang Sari di sini, pada 3 Jun 2019, mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Arsenal Score Historic Win Over Real Madrid as Int' 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BEST FBKL' 4 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'China President Xi Jinping Given State Welcome by ' 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bendera lambang kedaulatan negara, tid' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 38 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 52 mins ago