Translate

27 June 2023

Inspector Sheila: “I am still single...I am too strict so many men may not like it”



Inspektor Sheila ditahan kerja, kuasa dan hak keistimewaan digantung - Bukit Aman
Astro Awani
Jun 26, 2023 

Sheila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang dengan tiga pertuduhan jenayah iaitu dua di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan perintah tahan kerja telah dikenakan terhadap Inspektor Percubaan S Sheila Sharon yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam, hari ini.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, perintah tahan kerja mengikut Seksyen 78 Akta Polis 1967 telah disempurnakan terhadap pegawai berkenaan.

"Sehubungan itu segala kuasa-kuasa, hak dan keistimewaan subjek (Sheila) sebagai seorang pegawai polis adalah tergantung sehingga diputuskan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Isnin, Sheila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang dengan tiga pertuduhan jenayah iaitu dua di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Dia didakwa atas tiga pertuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.

Bagaimanapun, tertuduh berusia 35 tahun itu mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni dan Chai Guan Hock.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Pengamal perubatan tradisional atau perubatan Isla' 46 mins ago
A visitor from Perth viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 4 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 6 hrs 26 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 6 hrs 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 6 hrs 39 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 6 hrs 53 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 7 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 7 hrs 50 mins ago