Translate

23 June 2023

DBKL laksana 2 laluan kontra di Jalan Ampang dan Jalan Maharajalela mulai Julai



DBKL laksana 2 laluan kontra di Jalan Ampang, Jalan Maharajalela mulai Julai

Bernama

Jun 23, 2023
Bagi Jalan Ampang, laluan kontra membabitkan dari persimpangan Jalan Rhu sehingga persimpangan Jalan Tun Razak. - Foto fail/BERNAMA

DBKL laksana laluan kontra di Jalan Ampang, Jalan Maharajalela mulai Julai

Bagi Jalan Ampang, laluan kontra membabitkan dari persimpangan Jalan Rhu sehingga persimpangan Jalan Tun Razak. - Foto fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan dua laluan kontra di Jalan Ampang dan Jalan Maharajalela di sini, mulai Julai ini.

Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL Datuk Sulaiman Mohamed berkata bagi Jalan Ampang, ia membabitkan dari persimpangan Jalan Rhu sehingga persimpangan Jalan Tun Razak.

"Laluan kontra di kawasan ini bertujuan menyediakan satu laluan khas bas pada waktu puncak dari 6 hingga 9 pagi bagi membantu pergerakan bas agar lebih efisien dan menepati waktu ketibaan di samping menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.



Sebagai laluan alternatif terdapat pusingan-U dari arah pusat bandar ke Ampang di persimpangan Jalan Jelatek dan di bawah jejambat persimpangan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Bagi arah Ampang menuju ke pusat bandar pusingan-U di persimpangan Jalan Jelatek dan persimpangan Jalan Tun Razak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jalan Maharajalela pula melibatkan penambahan jarak bukaan laluan kontra sedia ada di jalan berkenaan hingga Jalan Cheras (waktu puncak petang).

"Sebelum ini, laluan kontra di kawasan Jalan Maharajalela menuju ke Jalan Cheras bermula di laluan masuk Jalan Cheras. Kini, laluan masuk bagi kawasan ini bermula di Jalan Maharajalela (berdekatan Sekolah Menengan Tsun Jin).

Penambahan jarak laluan kontra ini membolehkan kenderaan masuk ke laluan kontra lebih awal dan dijangka dapat mengurangkan kesesakan di sekitar Jalan Cheras," katanya.

Sulaiman berkata dengan pelaksanaan awalan dua laluan kontra itu, ia diharap dapat mengurangkan kesesakan di kawasan berkaitan.

"Tambahan lagi, ia juga memberi keutamaan laluan kepada kenderaan pengangkutan awam sekali gus dapat meningkatkan tahap kebolehpercayaan pengguna jalan raya terhadap perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan di ibu kota," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 3 hrs 9 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 3 hrs 23 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 4 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 4 hrs 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 4 hrs 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 4 hrs 34 mins ago