Translate

24 June 2023

Polis siasat video di TikTok fitnah anggotanya terima rasuah



Polis siasat video di TikTok fitnah anggotanya terima rasuah

ASTRO AWANI

Jun 24, 2023 05:45 MYT

Tular video dan hantaran di TikTok yang didapati cuba menjejaskan reputasi PDRM pada Jumaat. -

Polis siasat video di TikTok fitnah anggotanya terima rasuah

Tular video dan hantaran di TikTok yang didapati cuba menjejaskan reputasi PDRM pada Jumaat. - Gambar SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung penularan video yang dimuat naik menerusi TikTok dengan hantaran mendakwa terdapat unsur rasuah melibatkan anggotanya, pada Jumaat.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt Ramsay Anak Embol, video tular itu memaparkan sebuah kenderaan ditarik dengan lori di hadapan IPD Shah Alam dan mendakwa polis menerima rasuah dan semua polis daerah itu di bawah kawalan mereka.

"Hasil siasatan mendapati waklil daripada bank telah membuat satu laporan polis mengenai tindakan menarik kenderaan tersebut kerana mempunyai tunggakan ansuran bulanan selama lima bulan.



"Pemilik akaun TikTok itu telah menggunakan kata-kata berunsur fitnah terhadap polis bertujuan untuk menjejaskan reputasi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Justeru, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Menurutnya, sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Syer Aidid Rusazman Sharan di talian 019-222 3361

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 12 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Adik Abam Bocey Ali Puteh Membuat Penjelasan Isu K' 19 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 37 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 59 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kemat' 3 hrs 22 mins ago