Translate

28 June 2023

Bapa dipenjara, denda kerana cederakan anak lelaki dengan rotan

 Bapa dipenjara, denda kerana cederakan anak lelaki dengan rotan

Bernama

Jun 28, 2023


16:31 MYT

Bapa dipenjara, denda kerana cederakan anak lelaki dengan rotan

Seorang bapa dihukum penjara sehari dan didenda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya dengan rotan, tahun lepas. - Gambar hiasan

MUAR: Seorang bapa dihukum penjara sehari dan didenda RM1,400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya dengan rotan, tahun lepas.

Majistret Analia Kamaruddin menjatuhi hukuman itu terhadap Goh Chiaw Hoe, 36, seorang penganggur, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah, sewaktu sebutan kes hari ini.

Mahkamah memerintahkan bapa lima anak itu menjalani hukuman penjara tersebut hari ini dan mengarahkan dia dipenjara dua bulan, sekiranya gagal membayar denda tersebut.



Mengikut pertuduhan, Goh didakwa telah menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak berusia tujuh tahun ketika kejadian, di Taman Beting di sini, pada 6 petang, 7 Ogos tahun lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada 12.30 tengah hari, 8 Ogos 2022, seorang pegawai perubatan telah menerima seorang pesakit, dibawa oleh gurunya kerana terdapat kecederaan di tangan kiri dan kaki kiri akibat dirotan oleh bapanya, sebelum pegawai perubatan itu membuat laporan di Balai Polis Muar dan menyatakan mangsa telah dipukul.

Mangsa yang mengalami kecederaan lebam di tangan kiri serta kaki kiri telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini dan bapa kanak-kanak itu telah ditangkap untuk siasatan lanjut pada 10 malam, 9 Ogos 2022.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabihah Mohd Noor manakala peguam Tay Chee Fu mewakili tertuduh.

-- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 3 hrs 4 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 3 hrs 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 3 hrs 17 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 4 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 4 hrs 28 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 4 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 4 hrs 43 mins ago